2 Orang Pendatang Haram Tanpa Izin Berjaya Diberkas Oleh 11 RAMD 0 6185

LUBOK ANTU, 14 FEBRUARI 2018 – Batalion Kesebelas Rejimen Askar Melayu Diraja (11RAMD) telah berjaya memberkas 2 orang pendatang haram tanpa izin di Ladang Sawit Batu Putih pada jam 0830 pagi.

Kejadian dimulai dengan  kemasukan kumpulan serkap di kawasan Ladang Sawit Batu Putih pada jam 0500 pagi. Selepas 3 jam daripada kemasukan tersebut, kumpulan terbabit telah terserempak dengan 2 orang lelaki yang sedang menunggang motosikal menuju ke Malaysia melalui lorong tikus.

Kumpulan Serkap tersebut telah menahan 2 lelaki terbabit dan membuat pemeriksaan. Hasil dari pemeriksaan, mendapati kedua-dua lelaki terbabit adalah warganegara Indonesia yang berasal dari Kg Berangan, Badau, Indonesia. Kedua PATI tersebut berhasrat ingin memasuki Malaysia adalah dengan tujuan untuk bekerja di ladang.

Menurut Pegawai Memerintah 11RAMD, Lt Kol Salmi bin Istikh Ahmad, penahanan di jarak 500m daripada Sempadan Malaysia/Indonesia itu dilakukan di atas kesalahan tiada dokumen pengenalan diri serta tiada dokumen perjalanan yang sah. Tambahan beliau, motosikal yang ditunggang oleh kedua PATI tersebut tidak mempunyai nombor pendaftaran dan melalui jalan yang tidak dibenarkan.

Kesemua subjek dan barang rampasan tersebut telah dibawa ke IPD Lubok Antu dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. -Briged Ketiga Infantri Malaysia-

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15431

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8423

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news