Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dalam gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 skala Richter yang melanda Donggala, Sulawesi Tengah, Indonesia pada pukul 5.02 petang waktu tempatan (6.02 waktu Malaysia).
Doktor Komang Adi Sujendra dalam satu kenyataan berkata, 30 orang terbunuh dan telah dibawa ke hospital dan 12 orang lagi memerlukan pembedahan ortopedik segera.
Pihak berkuasa mengalami kesulitan menyelaraskan usaha menyelamat kerana gempa bumi 7.5 magnitud menyebabkan gangguan kuasa yang memotong komunikasi di sekitar Palu dan bandar nelayan di Donggala, yang paling hampir dengan pusat gempa sejauh 27km itu.
Pegawai belum memberikan apa-apa maklumat baru mengenai angka kematian pada hari Sabtu tetapi pada malam hari Jumaat, mereka berkata laporan awal menunjukkan beberapa mangsa mati dalam runtuhan runtuhan bangunan.
Sumber: Cairns Post