5 tuntutan penurunan kuasa Persekutuan kepada Sarawak diluluskan 0 8009

5 tuntutan penurunan kuasa Persekutuan kepada Sarawak diluluskan

KUCHING: Kerajaan Persekutuan sudah menunaikan lima daripada 13 tuntutan yang dikemukakan Sarawak dalam rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Sarawak.

Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, berkata lima tuntutan yang berjaya itu ialah Semakan Semula Pemberian Khas.

Beliau berkata, tuntutan kedua yang diluluskan ialah menyerahkan kuasa untuk mengawal selia pengedaran gas memasak kepada kerajaan negeri berlandaskan kepada Ordinan Pengedaran Gas 2016.

“Tuntutan ketiga adalah berkaitan dengan tenaga buruh. Kerajaan Persekutuan bersetuju melaksanakan penurunan kuasa dari Menteri Persekutuan kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk menggubal undang-undang subsidiari mengikut Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76), yang kini diisytiharkan sebagai undang-undang Persekutuan.

“Tuntutan keempat adalah Kerajaan Persekutuan bersetuju menyerahkan kuasa mengikut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 kepada kerajaan negeri bagi mengawal selia perkara berkenaan alam sekeliling termasuk yang membabitkan buangan berjadual.

“Tuntutan kelima pula adalah pelepasan dan penyerahan balik tanah yang diberi hak milik Persekutuan di negeri ini dilaksanakan berlandaskan Kanun Tanah Negeri Sarawak dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Dr Juanda Jaya (GPS-Jemoreng) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Sharifan Hasidah turut menjelaskan, empat tuntutan masih di peringkat rundingan dan empat lagi masih dibincangkan oleh Jawatankuasa Khas Kabinet yang dianggotai bersama wakil kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, satu jawatankuasa juga sudah ditubuhkan antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan untuk memperhalusi kaedah yang komprehensif bagi proses pelaksanaan keputusan yang sudah dicapai.

“Kesinambungan kepada usaha-usaha itu terus diperjuangkan oleh kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersama Kerajaan Persekutuan pimpinan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Satu Majlis Khas Kabinet ditubuhkan di peringkat Persekutuan bagi meneruskan dan memantau pelaksanaan keputusan yang sudah dicapai jawatankuasa sebelum ini,” katanya.

Katanya lagi, Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS) di Jabatan Perdana Menteri juga dilantik sebagai urus setia bagi memantau pelaksanaan keputusan dasar Jawatankuasa Khas Kabinet itu.

“Kerajaan negeri akan terus memperjuangkan tuntutan ini supaya usaha untuk mengembalikan hak negeri Sarawak seperti termaktub dalam MA63 dan Perlembagaan Persekutuan serta aspirasi rakyat negeri ini dapat direalisasikan,” katanya. – Berita Harian

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12986

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12467

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news