6 wanita asing ditahan tawar khidmat seks 0 5892

6 wanita asing ditahan tawar khidmat seks

KUALA LUMPUR: Menggunakan aplikasi WhatsApp bagi mempromosi dan mencari pelanggan dalam kalangan kenalan sahaja.

Itu taktik digunakan dua lelaki tempatan yang menjalankan aktiviti pelacuran dengan menawarkan khidmat wanita warga asing di sebuah premis di Bandar Puteri, Puchong.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Razali Abu Samah, berkata kegiatan itu terbongkar dalam serbuan Op Noda di premis berkenaan pada jam 8 malam tadi susulan penahanan lelaki berusia 34 dan 50 tahun itu.

Katanya, turut ditahan lapan wanita berusia 24 hingga 36 tahun terdiri daripada empat wanita Thailand, dua wanita Indonesia dan dua lagi warga Vietnam. – Berita Harian

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13000

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12474

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news