8 juta B40 dapat manfaat RM1.5 bilion Program Jaringan Prihatin 0 5255

8 juta B40 dapat manfaat RM1.5 bilion Program Jaringan Prihatin

KUALA LUMPUR: Program Jaringan Prihatin yang menelan belanja RM1.5 bilion bakal dimanfaatkan lapan juta penduduk daripada kumpulan berpendapatan rendah B40.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataannya, berkata ia akan mengurangkan beban kewangan rakyat dalam mendapatkan kemudahan internet apabila setiap orang akan menerima RM180 untuk dibelanjakan.

“Ia boleh digunakan untuk perbelanjaan langganan internet atau menampung sebahagian kos pembelian telefon bimbit baharu.

“Ditambah pula sumbangan RM1.5 bilion daripada pihak industri kepada golongan sasaran sama,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kenyataan itu berkata, peruntukan RM9.4 bilion dalam Belanjawan 2021 adalah untuk membangunkan strategi digital nasional holistik merentasi sektor industri dan rakyat.

Ia juga selaras hasrat Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) untuk menjadikan internet sebagai utiliti ketiga yang sama seperti kemudahan air dan elektrik.

“Di bawah inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) pula, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM500 juta untuk memastikan kesalinghubungan dengan 430 sekolah seluruh negara bagi pembangunan generasi akan datang.

“RM42 juta akan diperuntukkan bagi menambah baik internet di 25 kawasan perindustrian bagi meningkatkan daya tarik pelabur di bawah pelan sama.

“SKMM akan memperuntukkan sebanyak RM7.4 bilion bagi 2021 dan 2022 untuk perluasan perkhidmatan jalur lebar terutama di luar bandar. Industri bakal melabur di kawasan bandar dan pinggir bandar,” katanya.

SKMM berkata, fasa satu JENDELA sudah bermula danakan yang memberi fokus kepada usaha akses jalur lebar talian tetap berkelajuan gigabit kepada 7.5 juta premis, melebar liputan jalur lebar mudah alih 4G daripada 91.8 peratus kepada 96.9 peratus, mempertingkatkan jalur lebar mudah alih daripada 25Mbps kepada 35Mbps serta menamatkan rangkaian 3G secara berperingkat selaras perkukuh rangkaian 5G.

“Fasa dua pula akan diselaras dengan Perancangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12),” katanya. – Berita Harian

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13012

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news