KUCHING: Laluan menuju ke arah Satok mengalami kesesakan agak teruk susulan kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah lori dan dua buah kereta di jejambat Jalan Satok sejak pukul 5.30 petang tadi.
Difahamkan, kemalangan dipercayai berlaku disebabkan kerosakan sistem brek lori yang kemudian merempuh kedua-dua buah kereta tersebut.
Bagaimanapun, sehingga berita ini ditulis, belum ada pengesahan punca sebenar kemalangan tersebut daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak yang dikatakan masih menjalankan siasatan berhubung kejadian
Sumber turut memberitahu tiada kecederaan serius dilaporkan dalam kemalangan tersebut. – Utusan Borneo Online