Kota Samarahan: Enam orang lelaki berusia sekitar 20an dan 50an ditahan oleh pihak AADK Sarawak dalam satu operasi mencegah penyalahgunaan dadah sekitar Kota Samarahan.
Setakat ini kesemua suspek yang didapati positif dadah telah ditahan dan akan disiasat dibawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah Rawatan & Pemulihan 1983 – Kamek Miak Sarawak