Pelatih Pulapol ditahan bersabit cubaan bunuh 0 5772

Suspek ditahan dan dibawa ke Kota Bharu, Kelantan untuk tindakan lanjut.

KUCHING – Seorang pelatih Pulapol ditahan polis di Pulapol Puncak Borneo di sini selepas disyaki terbabit dalam kegiatan samun bersenjata api dan cubaan bunuh di Kelantan Mac lalu.

Menurut sumber, suspek berusia 20-an ditahan pukul 2.30 petang tadi sebelum dibawa ke Kota Bharu, Kelantan menaiki pesawat pukul 5.25 petang.

“Suspek baru menjalani latihan di Puncak Borneo enam minggu lalu,” katanya ketika ditemui di sini sebentar tadi.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971 (penalti lebih berat) dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan 
Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner, Dennis Leong Soon Kuai yang dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Suspek dipercayai terlibat dalam kes tembak terhadap pemilik restoran dan tukang masaknya sehingga kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, Kok Lanas 17 Mac lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi, pemilik restoran yang berusia 35 tahun serta pekerjanya warga Thailand berusia 40-an berada di restoran yang masih beroperasi itu.

Sumber berkata, semasa kejadian dua suspek lelaki menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha datang ke restoran tersebut sebelum pembonceng motosikal itu yang memakai jubah gelap turun dari motosikal lalu melepaskan tembakan. – K! ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15215

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8394

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news