NTULU: Seorang lelaki dipercayai mati lemas, semasa sedang mandi di Sungai Kemena, Sebauh, pada kira-kira pukul 4.30 petang Khamis.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi BombaSarawak mengesahkan mangsa yang dikenali sebagai David Hidup, 36, berasal dari Sungai Genaan, dilihat menanggalkan kasut dan pakaian beliau berhampiran Jeti Ladang DD Pelita Pandan Plantation, sebelum terjun ke dalam sungai untuk mandi.
“Beberapa orang saksi melihat mangsa terjun ke dalam sungai, dan tidak lagi kelihatan selepas itu, dipercayai tenggelam dibawa arus deras sungai berkenaan,” ujarnya.
Sejurus menerima laporan berhubung kejadian, sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Bintulu ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 50 kilometer dari Bandar Bintulu, dengan menggunakan sebuah jentera EMRS.
“Bomba memulakan usaha pencarian sekitar satu kilometer ke hulu dan hilir sungai berkenaan, dari lokasi terakhir mangsa dilihat,” ujarnya.
Bagaimanapun katanya, usaha pencarian dihentikan sekitar jam 5.30 petang keranahari beransur gelap, serta mengambil kiraakan aspek keselamatan anggota yang terlibat dalam usaha pencarian itu.
Adalah difahamkan, usaha pencarian diteruskan pada hari ini dengan bantuan penduduk setempat. – Utusan Borneo Online