Hanya Orang Sarawak Sahaja Dapat Jaga Sarawak – Abang Jo 0 3557

BINTULU – Hanya orang Sarawak yang dapat menjaga Sarawak, memperjuangkan hak-hak Sarawak yang terhakis dan melaksanakan pembangunan berterusan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, berdasarkan kepada pengalaman, banyak undang-undang di Parlimen, Sarawak terpaksa menyokong sehingga terikat dengan Kuala Lumpur (kerajaan pusat sebelum ini).

Disebabkan itu katanya, bersama dengan pimpinan parti, mungkin masanya sesuai untuk Sarawak mempunyai kuasa politik sendiri bagi menjamin masa depan orang Sarawak.

“Bak kata Tok Nan (bekas Ketua Menteri Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem), hanya orang Sarawak sendiri yang dapat menjaga Sarawak, bukan orang lain,” ujarnya pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Islam Bintulu (LAKIB) di pekarangan Masjid Darul Makmur Jepak, semalam.

Turut hadir Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip dan isteri Datin Dr Zaliha Abdullah, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda Perundangan, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, ADUN Samalaju Majang Renggi, Residen Bintulu Jack Aman Luat, Pengurus Besar BDA Rodziah Morshidi dan Timbalan Pengerusi LAKIB Datu Mohidin Ishak.

Justeru, Abang Johari berkata, berdasarkan itu, parti-parti yang ditubuhkan di Sarawak telah membuat keputusan untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN).

“Kita keluar ini ada sebab berdasarkan kepada pengalaman yang lepas. Kerana kita hendak mempertahankan hak-hak kita yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia yang juga telah dijanjikan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kalau tidak kita terikat dengan Kuala Lumpur,” jelasnya.

Katanya, banyak perkara yang dirasakan sukar sebelum ini, 

“Sehingga kita terpaksa patuh ibarat ditelan mati emak, di luah mati bapa, jadi saya tidak mahu perkara begini berlaku lagi kepada rakyat Sarawak.

“(Tindakan ini) supaya orang Sarawak dapat berdiri di atas kakinya sendiri. Umpamanya kalau kita takut, kita tidak akan melawan Petronas dalam usaha kita mengambil hak kita dalam kawal selia industri minyak dan gas, khususnya ‘regulatory power’ yang ada dalam Sarawak,” tegasnya.

Maka katanya, usaha untuk melawan habis-habisan dilakukan walaupun sampai ke mahkamah yang akhirnya pihak mahkamah membuat keputusan yang memihak kepada Sarawak.

“Dalam satu-satu bidang, kita perlu ada pendekatan yang baharu sehingga kita keluar daripada BN bahkan tidak masuk Pakatan Harapan (PH) memandangkan Sarawak ada kekuatan sendiri.

“Sebagai anak jati Sarawak, kita mesti mempertahankan hak kita mengikut Perjanjian Malaysia dan perlembagaan sekali gus perjuangan akan diteruskan untuk menyambung kerja Tok Nan yang telah diberi kepercayaan oleh rakyat dengan menang 72 kerusi pada Pilihan Raya Negeri lepas.

“Tiada orang lain yang dapat menjaga Sarawak melainkan orang Sarawak. Dan, partinya mesti yang lahir dan ditubuhkan di Sarawak kerana parti Sarawak sahaja dapat menjaga Sarawak,” katanya.

Ketua Menteri berkata, mungkin keadaan berubah sedikit susulan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas apabila kerajaan pusat kini di bawah PH pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Sudah tentu ini memberi banyak hikmah kepada kita kerana kita percaya sesuatu peristiwa mungkin ada hikmah dan kebaikannya. Saya dan rakan-rakan telah meneliti kesan daripada pilihan raya tersebut,” katanya.

Menurutnya lagi, beliau dan rakan-rakan berpendapat, di bawah rangka kerjasama dalam BN, ia tidak dapat memberikan platform untuk mempertahankan hak Sarawak.

“Mengikut peraturan dalam BN, kita mesti berpaut kepada keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan BN, selalunya berpangkalan di Kuala Lumpur. Mahu tidak mahu apa yang diperkatakan oleh Kuala Lumpur kita ikut.

“Kalau di Parlimen ada peraturan ‘parliamentary whip’ (parti politik yang tugasnya untuk memastikan disiplin parti dalam badan perundangan) dan sekiranya undang-undang yang dibuat di Parlimen bercanggah dengan undang-undang ataupun kehendak kita, maka kadang-kadang, ‘parliamentary whip’ akan digunakan.

“Sebagai anggota dalam kumpulan tersebut, kita tidak dapat membangkang kerana ‘parliamentary whip’ mengarahkan kita supaya patuh kepada keputusan mereka,” jelasnya. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15222

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news