Pakatan Harapan yakin mampu tawan 10 kerusi Parlimen di Sarawak 0 5583

MIRI: Pakatan Harapan (PH) yakin mampu menawan sekurang-kurangnya 10 kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini nanti.

Pengerusi Pakatan Harapan Negeri, Chong Chieng Jen berkata, mereka mempunyai peluang yang banyak dan cerah untuk memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya kali ini kerana mereka mempunyai isu-isu yang bagus diperjuangkan untuk rakyat.

“Sukar untuk memperkatakan mengenai peluang di satu-satu kerusi yang ditandingi. Tetapi saya yakin kita dapat menawan sekurang-kurangnya 10 kerusi termasuk Miri,” katanya tanpa mendedahkan lebih lanjut 10 kerusi yang dimaksudkan sebaliknya ia adalah jangkaan mereka secara umumnya.

“Kalau boleh kita mahu menang sebanyak mungkin kerusi yang ditandingi,” katanya secara berseloroh kepada pemberita pada sidang media di sini, hari ini.

Chong (dua kiri) melahirkan keyakinan terhadap perjuangan PH untuk memenangi lebih banyak kerusi pada PRU14 ini.

Hadir sama (dari kanan) Setiausaha DAP Negeri, Alan Ling; calon PKR Parlimen Miri, Dr Michael Teo, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Dr Ting Tiong Choon.

Begitu juga di kerusi yang ditandingi oleh beliau di Stampin, katanya ia bukan hanya persaingan di antara beliau, selaku calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) di kerusi berkenaan dengan calon Barisan Nasional (BN), Profesor Datuk Dr Sim Kian Hui, sebaliknya ia lebih kepada menyaksikan rakyat ‘menentang’ pengerusi BN itu sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dengan masa berbaki dua hari lagi untuk rakyat turun mengundi dan menunaikan tanggungjawab mereka, Chong yang juga pengerusi DAP Negeri berkata beliau yakin, PH mempunyai alasan-alasan yang baik untuk diperjuangkan dan mencabar calon-calon BN kali ini.

Terdahulu, dalam sidang medianya, beliau sekali lagi memperjelaskan mengenai manifesto PH dan berkata berbanding dengan BN, ‘suara’ PH adalah lebih kuat lagi menuntut hak-hak Sarawakseperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15224

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news