SIBU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) mahu terus mentransformasikan pembangunan di bandar ini, demikian kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.Berucap pada Malam Harmorni di Pintu Gerbang Sibu, Abang Johari berkata ia dapat direalisasikan jika ada kerjasama seluruh penduduk bandar ini dengan kerajaan.
Jelasnya, bandar Sibu telah membangun menerusi kepimpinan mendiang Datuk Patinggi Tan Sri Dr Wong Soon Kai, dan diteruskan oleh mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew sebagai Ahli Parlimen Sibu.”Sibu telah mengalami perubahan.
Mana kita dapat (jumpa) pasar sentral terbesar kalau bukan di Sibu?,” katanya pada malam Rabu.Ketika memegang portfolio sebagai Menteri Perumahan dahulu, Abang Johari berkata, beliau telah mentransformasikan Sibu Jaya menjadi sebuah bandar moden.
“Oleh itu, kita mahu mentransformasikan pembangunan bandar Sibu, tetapi hanya dapat direalisasikan dengan kerjasama anda semua,” ujarnya.
Abang Johari turut melahirkan harapan agar BN dapat merampas kembali kerusi parlimen Sibu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).”Kita perlu seiring agar dapat saling bekerjasama. Itu pentingnya untuk kita mengekalkan perpaduan,” katanya.
Abang Johari turut berharap Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Parti Bersatu Rakyat (UPP) dapat bersatu demi masa depan negeri Sarawak.Hadir sama, isterinya Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang;
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang, Dato Sri Wong Soon Koh serta isteri, Datin Sri Pauline Leong; dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan,Datuk Dr Sim Kui Hian.
-utusan borneo Online
-utusan borneo Online