Lelaki maut selepas motosikal hilang kawalan di laluan pesisir Miri 0 5639

MIRI: Seorang lelaki maut selepas motosikal Honda EX5 yang ditunggangnya hilang kawalan, sebelum masuk ke laluan bertentangan di Kilometer 90, Jalan Pesisir Pantai di sini.

Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, kemalangan dipercayai berlaku sekitar jam 3.40 petang semalam, ketika mangsa sedang menunggang motosikal menuju bandar Miri dari Batu Niah.

“Hasil siasatan awal kita mendapati mangsa hilang kawalan di lokasi lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan jenis Proton Iriz
yang dipandu seorang lelaki berusia 49 tahun dari Tanjung Kidurong, Bintulu.

Akibat pertembungan tersebut, mangsa yang dikenal pasti sebagai Abdul Rahman Bin Noh, 53 tahun dari Kampung Kuala Suai, Niah maut serta-merta.

Mayat mangsa kata Alexson, telah dibawa dengan kenderaan polis ke Hospital Miri untuk proses bedah siasat.

Punca sebenar kes katanya, sedang disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15225

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news