Najib jamin Baram lebih membangun di bawah BN 0 5683

MARUDI: Penduduk Baram perlu memberi kemenangan dengan majoriti lebih besar daripada sebelumnya kepada calon Barisan Nasional (BN)  pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) jika mereka mahu lebih banyak pembangunan di Baram. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan akan membawa lebih banyak pembangunan ke daerah luar bandaryang luas ini jika mereka berjaya melakukannya.

“Kita tunggu pengumuman (pembubaran) tidak lama lagi. Tapi saya nak kerusi Parlimen Baram ini menang dan kalau tuan-tuan tambah lagi dengan majoriti lebih besar, lebih banyak lagi perubahan (pembangunan) akan berlaku di kawasan ini,” katanya berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Pecah Tanah Pembinaan Jambatan Marudi, yang diadakan di Dataran Marudi hari ini.

Menurut Najib lagi perkara yang sama juga beliau janjikan untuk Sarawak, jika rakyat negeri ini memberikan mandat kepada BN pada PRU14. 

Mengenai Jambatan Marudi bernilai RM84 juta, beliau berkata ia akan membawa manfaat besar kepada rakyat di Marudi.

Beliau yakin lebih banyak projek pembangunan dapat dibawa masuk, selain mampu menyingkatkan lagi masa perjalanan dari Miri ke Marudi, kepada hanya 45 minit sahaja tanpa perlu menggunakan khidmat feri.

Lebih 3,000 penduduk Marudi hadir menyambut ketibaan Najib dan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri Dr James Masing. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15225

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news