LONDON: Gempa bumi kuat 7.0 magnitud melanda kepulauan Maluku, Indonesia, semalam, menurut laman web Peninjau Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Katanya, lokasi gempa bumi itu terletak kira-kira 173 kilometer di utara barat laut bandar Ternate, kepulauan Maluku pada kedalaman 10 kilometer. – Reuters