Seperti yang kita ketahui sudah lama anak muda Sarawak mahu litar lumba dibina di Sarawak, namun sehingga kini ianya belum menjadi kenyataan.
Pembinaan litar lumba sememangnya banyak memberi faedah kerana di Sarawak banyak anak-anak muda Sarawak berbakat dan berpotensi dalam dunia pemotoran.
Selain itu dengan wujudnya sebuah litar lumba sekurangnya dapat membendung kegiatan lumba haram di kalangan anak muda.
Apa pun diharap Kerajaan Sarawak dibawah pimpinan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari dapat merealisasikan impian besar anak Sarawak ini. Kerana sudah lama anak muda inginkan sebuah litar dibina di Sarawak. – Kamek MiakΒ Sarawak