‘Arwah dalam beg, tak bagi tengok’ – Abang mangsa 0 6096

‘Arwah dalam beg, tak bagi tengok’ – Abang mangsa

KUALA LUMPUR: Waris mangsa nahas helikopter yang hadir di bilik jenazah Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) tidak dibenarkan membuat pengecaman mayat kerana terikat dengan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

Keluarga mangsa yang hadir kira-kira jam 4.40 petang tadi, hanya dibenarkan masuk ke bilik berkenaan.

Mereka cuma boleh melihat beg di zip rapat mengandungi jenazah diusung masuk ke bilik forensik untuk tujuan bedah siasat.

Menurut Dr Mohd Izani Mohamed Rawi, 48, abang sulung kepada arwah Mohd Irfan Fikri, 44, beliau diberitahu untuk menunggu keputusan COVID-19 terlebih dahulu dan selepas itu baru boleh proses bedah siasat diteruskan.

“(Arwah) dalam beg, tak bagi tengok. Tiada siapa boleh tengok jenazah lagi.

“Apabila dapat keputusan (COVID-19) baru boleh teruskan dengan bedah siasat atau sebagainya. Tetapi kalau positif Kementerian Kesihatan ambil (jenazah) terus.

Ahli keluarga ketika menunggu jenazah di bilik forensik Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras. - NSTP/Aswadi Alias
Ahli keluarga ketika menunggu jenazah di bilik forensik Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras. – NSTP/Aswadi Alias
Wan Nani Bazlin (kiri) isteri kepada mangsa Mohd Irfan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras. - NSTP/Aswadi Alias
Wan Nani Bazlin (kiri) isteri kepada mangsa Mohd Irfan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras. – NSTP/Aswadi Alias

“(Keputusan COVID-19) secepat-cepatnya esok. Mungkin cepat mungkin lambat. Kita tunggu mereka (pihak hospital) hubungi,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Usaha media untuk mendapatkan maklum balas isteri arwah Mohd Irfan turut gagal apabila beliau dan beberapa individu, lantas memasuki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna putih sejurus keluar dari bilik jenazah, lalu beredar dari tempat kejadian.

Mohd Izani berkata, isteri arwah tidak bercakap apa-apa dan cuma menangis.

Sementara itu, adik bongsu arwah Mohd Irfan, Izyan Hazwani Mohamed Rawi, 30, berkata hubungan adik-beradik memang akrab.

Katanya, arwah selalu berkongsi lokasi secara langsung bila hendak memulakan penerbangan.

“Kami adik-beradik memang rapat. Kalau hujung minggu kerap keluar malam sekali. Tetapi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kami jarang jumpa.

Petugas keselamatan di lokasi nahas di Taman Melawati. - Ihsan APM
Petugas keselamatan di lokasi nahas di Taman Melawati. – Ihsan APM
Lokasi helikopter yang bertembung dan terhempas di Taman Melawati. - NSTP/Aizuddin Saad
Lokasi helikopter yang bertembung dan terhempas di Taman Melawati. – NSTP/Aizuddin Saad

“Pagi ini bila dapat tahu berita kejadian itu, saya semak lokasi terkini arwah melalui telefon bimbit. Saya dapati lokasi terakhir arwah memang di lokasi kejadian,” katanya.

Selain itu, media juga gagal mendapatkan respons keluarga arwah Mohd Sabri Baharom yang maut dalam insiden sama.

Difahamkan arwah Mohd Irfan memiliki lesen juruterbang pelajar (SPL) dan sedang dalam melengkapkan tempoh penerbangan selama 50 jam.

BH difahamkan Mohd Irfan mengambil lesen juruterbang untuk tujuan rekreasi. – Berita Harian

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13427

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8133

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news