Banjir di utara Sarawak terkawal 0 5764

MIRI: Banjir di kawasan penempatan penduduk di Baram, utara Sarawak, masih berada pada tahap terkawal dengan tiada penduduk perlu dipindahkan walaupun air mencecah 0.5 meter di lokasi tertentu.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Miri, Mohd Hazle Abdul Hamid, berkata 451 penduduk daripada 52 keluarga berdepan dengan masalah banjir di Baram.

“Kawasan terjejas akibat banjir termasuk Rumah Panjang Kijan Sigeh di Long Teru, Rumah Panjang Jipun, Rumah Panjang Vincent, Rumah Panjang Mudang dan Rumah Panjang Ubi (Long Maro),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata air di sebahagian besar kawasan penempatan terjejas mulai surut sejak kelmarin, kerana tiada hujan.

Bagaimanapun, katanya, penduduk mendiami kawasan rendah dan kerap dilanda masalah banjir perlu mengambil langkah berwaspada kerana sekiranya hujan berterusan, banjir boleh menjadi serius sehingga membahayakan orang awam.

“Justeru, penduduk yang menetap berdekatan sungai harus mengambil langkah pantas dan bijak untuk pindah ke kawasan selamat tanpa perlu menunggu arahan berbuat demikian.

“Sehingga kini, belum ada sebarang kehilangan nyawa akibat banjir dilaporkan di utara Sarawak dan semua bilik gerakan banjir sudah pun bersiap siaga kerana hujan semakin kerap sejak minggu lalu,” katanya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12985

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12365

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news