Bazar Ramadan, DBKU belum buat keputusan 0 10075

Bazar Ramadan, DBKU belum buat keputusan

Petra Jaya: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dijangka bermesyuarat Jumaat ini bagi memuktamadkan keputusan sama ada bazar Ramadan dibenarkan atau tidak di kawasan pentadbirannya.

Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan DBKU, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, berikutan kes positif Covid-19 yang masih tinggi, Sarawak belum memutuskan operasi bazar Ramadan walaupun kerajaan Persekutuan sudah mengumumkan untuk membenarkannya.

Beliau berkata, perbincangan secara ringkas mengenai perkara itu sudah dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) itu sebelum ini.

“Namun keputusan muktamad akan dibuat selepas kami mendapat laporan penuh daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPBN) Sarawak, selewat-lewatnya Jumaat depan,” katanya pada sidang media selepas melawat Bilik Operasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bintawa, di sini, hari ini.

Dr Abdul Rahman berkata, dalam perbincangan awal sebelum ini, DBKU merancang untuk membuka tiga lokasi bazar Ramadan iaitu di Kubah Ria, Sukma Ria dan Jalan Semarak.

Bagaimanapun katanya, DBKU turut menerima permohonan untuk membuka bazar Ramadan di beberapa lokasi lain antaranya di Bandar Baru Samariang dan Demak Laut.

Terdahulu, Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai menyerahkan sumbangan makanan asas kepada penduduk Kampung Bintawa Ulu dan Kampung Bintawa Tengah.

Sumbangan itu disalurkan beberapa pihak termasuk dari Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai, Pusat Khidmat Parlimen Santobong, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Dua kampung berkenaan yang mempunyai seramai 769 ketua isi rumah merangkumi 4,064 orang penduduk kini sedang menjalani PKPD.

Katanya lagi, hampir 80 peratus iaitu seramai 3,759 daripada 4,064 penduduk di dua kampung itu sudah menjalani pengesanan kes aktif (ACD) Covid-19.

“Sehingga kini, sebanyak 50 kes positif dikesan di kedua-dua kampung itu, katanya sambil memaklumkan tiada insiden tidak diingini berlaku sejak PKPD 14 hari dikuatkuasakan di Kampung Bintawa Ulu dan Bintawa Tengah bermula16 Mac lalu. dari Harian Metro

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8135

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news

Buaya cedera ditembak diselamatkan 0 7487

Buaya cedera ditembak diselamatkan

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pegawai Jabatan Hutan Sarawak (JHS) bagi mendapatkan khidmat khas menangkap buaya itu pada 10.59 malam tadi.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan itu.

“Setibanya di lokasi, didapati seekor buaya besar di dalam longkang dan ia agak agresif kerana difahamkan reptilia itu cedera selepas ditembak.

“Anggota kami berjaya menenangkan buaya itu selepas menutup matanya dengan kain sebelum mengikatnya di tepi pagar sekolah,” katanya.

Katanya lagi, pihaknya menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan buaya itu dari longkang kerana terlalu berat.

“JHS hanya akan mengalihkan buaya itu pagi ini,” katanya. – Harian Metro

Spread the news