Berkongsi keperluan makanan dengan rakyat Malaysia 0 5383

Berkongsi keperluan makanan dengan rakyat Malaysia

SINGAPURA: “Kami juga pernah berasa susah.. tidur beralaskan kotak… jadi kami memahami apa yang dilalui sebahagian rakyat Malaysia di sini.”

Demikian kata-kata Kamisah Sooki, seorang warga Singapura yang bermurah hati mengagihkan barang keperluan harian kepada rakyat Malaysia di sini.

Beliau dan suaminya meletakkan barangan itu di hadapan pintu rumahnya sekitar jam 8 malam, sebelum menguar-uarkan mengenai perkara itu di laman Facebook Malaysia-Singapore Border Crossers, yang mempunyai hampir 70,000 ahli.

“Kepada rakyat Malaysia di Singapura.. sesiapa yang sudi boleh ambil sahaja yang perlu di depan pintu rumah saya. Saya dah sediakan plastik seberapa banyak yang kalian mahu ambil,” catat beliau di laman Facebook bersama alamat rumahnya.

“Ada beberapa keping piza untuk anda malam ni ye,” tulisnya dengan menggunakan akaun Facebooknya Karlmizah Nordy malam tadi.

Kamisah, 55, menambah lagi barangan makanan itu selepas satu jam, apabila mendapati tindakannya itu menerima sambutan yang baik.

Ketika dihubungi Bernama, Kamisah dan suami yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berkata beliau juga terpisah dengan empat anaknya di Malaysia sejak pergerakan di sempadan dua negara diperketat akibat COVID-19, sejak Mac lalu.

“Saya mempunyai rumah sewa di Kampung Melayu Majidee. Setiap minggu saya akan ke Johor Bahru. Ketika ini, anak bongsu menetap di situ.

“Setiap tiga bulan saya akan menziarahi tiga lagi anak saya yang masing-masing (berada) di Kota Bharu, Kelantan; Kulim, Kedah; dan Kota Tinggi, Johor.

“Jadi saya amat memahami perasaan terpisah dengan keluarga. Saya pun rindukan anak-anak dan cucu-cucu,” katanya yang ketika ini menyewa di Blok 180C, Marsiling Road. – BERNAMA – Berita Harian

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15108

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8380

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news