BN Sarawak yakin tawan semula 4 kerusi pembangkang 0 5652

SIBU: Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sayap Bumiputera Dr Annuar Rapa’ee yakin BarisanNasional (BN) mampu menawan kembali empat kerusi dari pembangkang pada Pilihan Raya Umum-14 (PRU-14) akan datang.

Kerusi Parlimen yang dimaksudkan oleh Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi itu adalah Stampin, Sibu, Miri dan Sarikei.

“PRU ini, kita menyasarkan untuk merampas empat kerusi. Berdasarkan keputusan Pilihan Raya Negeri-11 (PRN-11) yang lepas, di keempat-empat kawasan ini peluangnya adalah sama,” katanya pada sidang media di sini, pagi tadi.

Terdahulu beliau merasmikan Majlis Penutupan Program Sijil Tadbir Urus Desa Infra-UniKL Zon Sarawak Fasa-3, mewakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Unggah Embas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu juga berkata bahawa BN mahu mengekalkan 25 kerusi yang dimenangi dan cuba untuk menambah majoriti di 25 kawasan tersebut.

Sementara itu, beliau percaya perpaduan masyarakat Cina di Sibu sangat penting bagi memastikan kerusi Parlimen Sibu dapat dirampas kembali.

“Parlimen Sibu melibatkan tiga DUN iaitu Pelawan, Bawang Assan dan Nangka.”Ketiga-tiga DUN ini di bawah Parlimen Sibu.

Jadi, kalau kita perhatikan keputusan PRN lepas (PRN-11), kita menang di Bawang Assan sebanyak 4,000, tetapi kalah di Pelawan 4,000 dan menang 7,000 di Nangka.

“Maksudnya dari segi matematik kita boleh menang di Sibu. “Saya rasa cabaran untuk bandar Sibu adalah perpaduan dalam kalangan masyarakat Cina kerana kita sedia maklum bahawa bandar Sibu akan diwakili oleh komponen parti dari parti Cina,” katanya.-Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15431

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8422

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news