Buaya ancam penduduk di Sebauh Bintulu 0 6001

Oleh Erika George

BINTULU: Penduduk yang tinggal rumah panjang di sepanjang Sungai Sebauh, di sini, bimbang keselamatan mereka berikutan beberapa kes serangan buaya terhadap haiwan peliharaan, sejak beberapa bulan lalu.

Mereka bimbang buaya menyerang manusia kerana penduduk banyak berada di sungai itu untuk kegiatan harian, antaranya menangkap ikan serta menjadi laluan ke kebun.

Seorang penduduk, Bakil Bandang, 36, berkata sebelum ini, buaya di Sungai Sebauh jarang membaham haiwan peliharaan terutamanya anjing, namun selepas beberapa kes berlaku, penduduk mula bimbang reptilia itu akan terus mengganas.

“Saya berharap agar pihak berkuasa mengambil langkah sewajarnya bagi membendung peningkatan jumlah buaya di Sungai Sebauh bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini.

“Saya sendiri pernah terserempak dengan beberapa ekor buaya di tebing Sungai Sebauh ketika menaiki perahu untuk ke pekan dan saya juga pernah terlihat seekor buaya sedang membaham anjing di tebing sungai,” katanya.

Bakil berkata, serangan terhadap haiwan peliharaan itu yang bermain di tebing sungai itu mungkin petanda sumber makanan buaya seperti ikan dan udang di sungai berkenaan kini semakin berkurangan.

Selain anjiing, beliau berkata, haiwan peliharaan lain seperti ayam dan lembu yang ditambat berdekatan tebing sungai juga pernah disambar buaya.

“Ini membimbangkan kami kerana sungai masih menjadi nadi kehidupan kami dan kini kami terpaksa berdepan bahaya apabila buaya juga semakin banyak di sungai ini.

“Sebab itu, kami merayu agar pihak berkuasa seperti Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengambil tindakan untuk menangkap buaya itu bagi mengurangkan kebimbangan penduduk,” katanya.

Kali terakhir daerah Sebauh mencatatkan kes serangan buaya terhadap manusia ialah pada 1987 apabila seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun maut dibaham buaya, ketika mandi di Sungai Tubau. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15222

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news