SAMARAHAN: Akibat nodai adik kandung dan ugut bunuh, seorang buruh binaan dijatuh hukum 12 tahun penjara dan 3 sebatan oleh mahkamah Samarahan hari ini.
akim Mahkamah Sesyen Samarahan, Rafidah Abdul Rahman, memerihtahkan hukuman tertuduh yang berumur 23 tahun itu berjalan serentak atas dua pertuduhan.B
agi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dibawah seksyen 14 kurungan A, akta kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman penjara 10 tahun.
Manakala bagi tuduhan kedua pula, suspek dituduh dibawah seksyen 376 B kurungan 1, kanun keseksaan kerana merogol bawah umur membawa hukuman 12 tahun penjara.
Tertuduh yang mengaku bersalah atas semua pertuduhan melakukan kesalahan terbabit pada malam isnin minggu lepas di rumahnya dekat kampung Sungai Barie, Serian.
Suspek dikatakan telah mengajak adik kandungnya yang berumur 14 tahun untuk menonton TV sebelum bertindak memperkosa nya – RTM Sarawak