Cabaran logistik penyimpanan vaksin COVID-19 0 5819

Cabaran logistik penyimpanan vaksin COVID-19

WASHINGTON: Vaksin keluaran Pfizer Inc dan BioNTech SE dijangka tidak akan berada di pasaran dalam masa terdekat, susulan keperluan untuk menyimpan vaksin tersebut dalam suhu yang sejuk melampau.

Menurut Pfizer, vaksin COVID-19 itu mencatatkan 90 peratus keberkesanan dalam mengelak jangkitan virus itu bagi hampir semua individu yang mengambil bahagian dalam ujian klinikal fasa ketiga.

Namun, suhu simpanan bagi vaksin itu yang serendah negatif 70 darjah celsius (-94 F) dan ke bawah menimbulkan isu bagi kapasiti simpanan vaksin berkenaan.

Jurucakap Pfizer, Kim Bencker berkata syarikat itu sedang berusaha dan bekerja rapat dengan kerajaan Amerika Syarikat (AS) serta pegawai negeri bagi menyelesaikan isu logistik supaya vaksin itu mampu diedarkan ke seluruh dunia. – Berita Harian

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12986

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12467

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news