Kanowit: Dua orang penjawat awam ditahan oleh polis dalam satu operasi yang dijalankan oleh pasukan Task Force Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kanowit semalam.
Menurut info awal dua penjawat awam tersebut ditahan di Bukit Memaloh sekitar jam 10 malam. Hasil pemeriksaan pihak polis telah menemui satu beg kecil ditangan salah seorang suspek.
Hasil pemeriksaan selanjutnya pihak polis mengesahkan beg tersebut mengandungi dua plastik lut sinar ketulan kristal jernih dipercayai dadah jenis syabu seberat 1.01 gram.
Setakat ini suspek telah dibawa ke bakso polis untuk tindakan dan siasatan selanjutnya – Kamek Miak Sarawak