Gara-gara lari dari polis, seorang lelaki cedera selepas terjun dari hotel di Sibu 0 6010

SIBU: Seorang lelaki yang bertindak terjun dari tingkat satu sebuah hotel bajet di sini cedera di kepala selepas cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Jalan Foochow malam Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi berkata, lelaki terbabit dipercayai cuba melarikan diri semasa pasukan polis D7 membuat pemeriksaan di hotel berkenaan sekitar jam 11.50 malam.“Lelaki terbabit terjun melalui tingkap kerana cuba mengelak daripada anggota polis yang sedang menjalankan operasi serbuan di bilik-bilik hotel berkenaan,” katanya.

Pihak ambulans yang dimaklumkan bergegas ke lokasi kejadian untuk memberi rawatan kepada lelaki berumur 27 tahun itu yang didapati tidak sedarkan diri.Mangsa kemudian menerima rawatan kecemasan dan anggota pasukan APM memasang kolar leher sebelum mengalihkan mangsa ke atas pengusung.

Mangsa didapati dalam keadaan separuh sedar ketika dikejarkan ke hospital.Difahamkan lelaki terbabit menjalani pembedahan kerana terdapat darah beku di kepalanya.Keadaan suspek dilaporkan stabil tetapi masih tidak sedarkan diri di wad kecemasan Hospital Sibu.

sumber utusan borneo online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15222

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news