Karya tanpa gagal 0 6406

Karya tanpa gagal

ALASAN tidak mahu menjadi penghibur yang membosankan mungkin kedengaran remeh. Namun, itulah matlamat utama kumpulan PENTAGON dari Korea Selatan.

Kumpulan yang ditubuhkan di Seoul pada 2016 dan dianggotai Jinho, Hui, Hongseok, Shinwon, Yeo One, Yan An, Yuto, Kino dan Wooseok ini tampil dengan misi untuk mencabar diri dari pelbagai aspek. Namun, muzik yang berkualiti tetap agenda utama mereka.

Jika diikutkan, mereka mahu melakukan banyak eksperimen, namun tidak mahu membosankan peminat dengan satu sisi sahaja dalam muzik.

Disebabkan itu, mereka bekerja-keras untuk album terbaru berjudul “WE:TH”.

“Setiap masa, kami mencari idea bagaimana muzik yang patut kami sajikan untuk peminat serta audiens yang lebih besar. Kami cabar diri dengan menyuntik elemen baharu dalam setiap album.

“Kami percaya lagu Daisy dan album baharu kami adalah pengembaraan berbeza. Ia adalah karya kami sendiri. Banyak genre yang sudah PENTAGON lakukan. Setiap genre itu kami berjaya laksanakan dan tiada sekali pun rasanya kami gagal berbuat demikian,” kata Hongseok.

Menurut mereka, pembabitan dalam program Road to Kingdom sebelum ini adalah pengalaman sangat berguna. Ia berjaya membentuk mereka berfikiran lebih tajam dalam bekerja.

Menurut Yeonne, untuk menjadi penghibur terkemuka, ia bukan sekadar menakluki carta muzik, tetapi setiap inci gerak-geri mereka perlu dititikberatkan termasuk cara pemakaian dan konsep kumpulan.

“Road to Kingdom amat membantu meluaskan perspektif kami mengenai cara menguasai pentas. Ia turut membantu kami memberi perhatian terhadap setiap perkara antaranya pakaian dan konsep.

“Program itu juga membantu kami mempromosikan nama PENTAGON dan menonjolkan kemampuan kami,” katanya.

Shinwon berkata, secara peribadi dia mahu melihat semua yang membantu mereka sama ada secara langsung atau tidak tersenyum bangga.

“Kami mementingkan konsep dan selalu tampil lebih garang, tapi kali ini kami mahu kelihatan lebih menawan pula.

“Semestinya kami mahu menjadi nombor satu dalam program muzik. Saya berdoa supaya semua orang baik peminat, rakan anggota dan kakitangan kami tersenyum selepas aktiviti promosi ini tamat,” katanya.

ALBUM pertaruhan terbaru, "WE:TH"sangat istimewa.
ALBUM pertaruhan terbaru, “WE:TH”sangat istimewa.

Yan An yang terpaksa pulang sebentar ke China sebelum ini pula mengakui seronok dapat kembali menyertai rakan-rakannya.

Yang pasti, dia kembali dengan tenaga berbeza yang turut disalurkan dalam album baharu itu.

“Niat saya mahu kembali ke Korea Selatan tahun ini begitu membuak-buak. Menerusi album ini, anda akan menyedari saya berjaya memperbaiki diri selepas tempoh berehat itu. Saya sangat gembira dapat kembali di pentas bersama anggota kumpulan yang lain,” katanya.

Bercerita mengenai Yan An, Kino berkata, dia sangat kagum dengan kemahiran Yan An menari sebaik dia kembali dari China.

Dia juga memuji semangat Yan An yang sanggup berguru secara peribadi di negaranya bagi membuktikan kemampuan dirinya.

“Kami terkejut melihat tariannya kini sangat baik. Ketika di China, dia banyak habiskan masa menjalani latihan tarian terutama gaya tarian ular tedung semakin dikuasainya,”

katanya.

PENTAGON kembali memeriahkan industri hiburan.
PENTAGON kembali memeriahkan industri hiburan.

Berbicara mengenai album baharu itu, Kino berkata, ikatan antara mereka kian erat selepas penghasilannya.

“Setiap langkah, setiap minit dan setiap album PENTAGON adalah proses mengeratkan ikatan antara kami. Kombinasi idea untuk tampilkan pembaharuan sememangnya cukup istimewa,

” katanya.

Kino berkata, bukan mudah untuk menghasilkan album terutama apabila ada lagu yang terpaksa disimpan kerana hanya perlu memilih enam lagu saja.”

Memandangkan kami tahu setiap kekuatan dan kelemahan masing-masing, jadi kami hasilkan lagu yang terbaik untuk kami. Menerbitkan muzik sendiri memberikan ruang untuk kami salurkan mesej menerusi lirik yang ikhlas.

“Memang bukan mudah. Semua lagu yang dihasilkan setiap anggota bagus-bagus belaka dan sedih tidak dapat dimuatkan semuanya,” katanya.

Baru-baru ini, PENTAGON tampil dalam satu persembahan istimewa bagi meraikan kemunculan mereka semula selepas berehat.

Sidang media maya yang diadakan selepas itu turut disertai puluhan media dari Asia. – Harian Metro

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15222

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news