KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai komitmen terhadap negeri Sabah.
Malah, berbanding dengan Tun Mahathir, beliau lebih kerap turun ke Sabah.
Tegasnya, mantan Perdana Menteri itu juga tidak ada perancangan yang sama sepertinya untuk Sabah ketika pemerintahannya selama 22 tahun.
Najib sering mengunjungi Sabah dan Sarawak sejak menjadi Perdana Menteri pada 2009. Beliau telah ke Sarawak sebanyak 61 kali ke 163 kawasan, termasuk kawasan pedalaman.
“Dalam sembilan tahun saya sebagai Perdana Menteri, saya dah melawat Sabah lebih banyak kali daripada Mahathir selama 22 tahun dia jadi PM,” katanya melalui di laman Facebook rasminya.“Mahathir tidak ada komitmen kepada Sabah sebagaimana saya ada perancangan dan komitmen untuk Sabah,”’ katanya.
Semalam Najib mengadakan lawatan ke Sandakan.
Perdana Menteri dalam pada itu berkata, inisiatif dilakukan kerajaan dengan matlamat merapatkan jurang antara Sabah dan Semenanjung.
“Saya umum pelbagai inisiatif dan peruntukan, kerana komitmen saya adalah untuk jurang pembangunan Sabah dan Semenanjung dihapuskan,” katanya.
“Kita dah berada di landasan betul, semua ini akan dicapai jika Sabah dan Malaysia terus #BersamaBN ! #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14,” ujarnya. — Sarawakvoice