KUCHING: Kerajaan negeri sedia memberi subsidi RM10 kepada penumpang bot ekspres yang balik menyambut Gawai di kampung.
Dalam kenyataan media pada Jumaat, Kontroler Lembaga Sungai Sarawak (LSS) Richard Tajan mengesahkan subsidi RM10 tersebut diberikan khusus buat penumpang bagi perjalanan tambahan bot ekspres 25 hingga 31 Mei.
Dalam kenyataan, Richard berkata pendekatan diambil selepas pengusaha bot ekspres di Sibu dan Kapit menaikkan tambang dari RM25 ke RM35 bagi perjalanan tambahan sempena Gawai.
Dengan subsidi ini, penduduk yag mahu bergawai di kampung masih dapat membayar tambang pada harga biasa iaitu RM25..
Langkah ini disifatkan Richard sebagai langkah terbaik mengelak pengusaha bot ekspres memanipulasi harga tambang terhadap pengguna khidmat bot ekspres pada musim perayaan.
Melalui pemantauan memastikan jumlah penumpang dibawa mengikut kapasiti wajar, keselamatan pengguna diyakini lebih terjamin. βSarawakvoice
Foto : Pekan Kapit