Kesatuan sekerja lapangan terbang bantah cadangan ambil alih LTSAAS 0 9593

Kesatuan sekerja lapangan terbang bantah cadangan ambil alih LTSAAS

SHAH ALAM – Tiga kesatuan pekerja lapangan terbang negara membantah cadangan pengambil alihan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang daripada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Wakilnya, Hussin Shahar berkata, pengambil alihan tersebut sekiranya direalisasikan bakal memberikan kesan negatif kepada pekerja di lapangan terbang seluruh negara.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/138106/BERITA/Nasional/Kesatuan-sekerja-lapangan-terbang-bantah-cadangan-ambil-alih-LTSAAS

Menurutnya, tindakan tersebut juga dilihat tidak mengambil kira kepentingan rakyat Malaysia dan kelangsungan pekerjaan bagi warga kerja lapangan terbang Malaysia dalam suasana ekonomi yang mencabar ketika ini.

“LTSAAS ini ialah tujuh daripada lapangan terbang bawah MAHB yang meraih keuntungan daripada kesemua 39 lapangan terbang yang ada. Kalau dia ambil LTSAAS, keuntungan kita akan teruk kerana MAHB akan kehilangan pendapatan untuk dibahagikan kepada lapangan terbang lain.

“Jadi ini secara tidak langsung akan mengundang masalah kepada kami kerana dijangkakan kalau pengambil alihan itu berlaku, ada daripada ahli kami yang akan dikeluarkan dan terpaksa menganggur.

“Kesatuan juga yakin pengambilan ini akan menyebabkan kebajikan pekerja terabai akibat daripada pengurangan faedah serta ganjaran perkhidmatan yang dinikmati oleh pekerja,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Pada 6 Mei lalu, tiga kesatuan sekerja lapangan terbang telah menghantar surat bantahan bersama berhubung pengambil alihan LTSAAS kepada Pengerusi MAHB, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Tiga kesatuan tersebut ialah Kesatuan Pekerja-Pekerja Malaysia Airports Berhad Semenanjunga (KESMA), Kesatuan Pekerja-Pekerja Malaysia Airports Berhad Sarawak (KEPEMAB) dan Kesatuan Pekerja-Pekerja Malaysia Airports Berhad Sabah dan Labuan (KEPMAS).

Bantahan itu dibuat selepas media melaporkan mengenai wujudnya cadangan untuk pengambilalihan LTSAAS Subang oleh sebuah entiti perniagaan swasta.

Pada masa sama, MAHB memaklumkan pihaknya masih belum melakukan perbincangan dengan kerajaan mengenai butiran cadangan tersebut dan berharap supaya kerajaan mengkaji semula hasrat mencairkan pegangan LTSAAS Subang kepada pihak swasta.

Mengulas lanjut, Husin yang juga merupakan Yang Dipertua KESMA berkata, cadangan pengambil alihan lapangan terbang yang merupakan sebahagian daripada warisan negara itu adalah tindakan yang berniat tidak baik dan mementingkan keuntungan di pihak tertentu sahaja.

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya pengendalian LTSAAS diserahkan kembali kepada MAHB dengan serta merta.

Husin menambah, pengambil alihan itu juga jelas bercanggah dengan prinsip asas penswastaan lapangan terbang negara yang bertujuan bagi menggabungkan kesemua lapangan terbang untuk menyediakan kemudahan terbaik kepada rakyat dan ekonomi negara. dari Sinar Harian

 

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Apple perkenal generasi baharu ‘Mac’ 0 12473

Apple Ungkap Aplikasi di iOS dan iPad Bakal Bisa Berjalan di Mac

Kuala Lumpur: Buat pertama kali, Apple memperkenalkan cip pemproses mereka tersendiri di bawah Apple Silicon iaitu ‘Apple M1’ yang menggunakan binaan pemproses 5 nanometer (nm).

Pemproses termaju industri berkenaan berasaskan kepada ARM dan menawarkan gabungan CPU lapan teras serta unit pemproses grafik (GPU) lapan teras termasuk ‘Neural Engine’ 16 teras.

Apple juga memperkenalkan siri baharu untuk generasi ‘MacBook’ dalam satu majlis pengenalan maya yang diadakan awal pagi tadi bertemakan ‘One More Thing’.

Dalam pengenalan berkenaan, siri MacBook Air, Mac Mini dan MacBook Pro diperkenalkan dengan menggunakan cip pemproses Apple sekali gus menjadi produk pertama yang menggunakan cip berkenaan.

Untuk MacBook Pro, peranti berkenaan hadir dengan skrin keluasan 13 inci yang menawarkan keupayaan memori (RAM) sehingga 16GB serta sokongan storan 2TB.

Paling mengagumkan, penggunaan cip berasaskan rekaan 5nm berkenaan mampu untuk memberi jangka hayat bateri lebih lama sehingga 20 jam kepenggunaan.

MacBook Pro masih didatangkan dengan papan kekunci Magic Keyboard selain dilengkapi dengan bar sesentuh (touch bar) di bahagian atas papan kekunci seperti generasi sebelumnya.

Sesuai dengan kemajuan teknologi hari ini, MacBook Pro menyokong jaringan Internet Tanpa Wayar (WiFi) selain sokongan USB 4.

Pada masa sama, Apple juga memperbaharui MacBook Air mereka dengan pemproses pertama syarikat berkenaan dan hasil kemajuan cip berkenaan, bateri peranti ini mampu untuk bertahan lebih 18 jam.

Tanda harga untuk MacBook Pro bermula pada harga RM5,599 dan MacBook Air pula bermula RM4,399 mengikut padanan spesifikasi. – Harian Berita

Spread the news

Vaksin RM87.60 sebotol 0 5490

Vaksin RM87.60 sebotol

Kuala Lumpur: Harga maksimum bagi setiap satu vaksin Fasiliti Akses Global Vaksin Covid-19 (Covax) yang ditawarkan kepada Malaysia menerusi pelan peruntukan vaksin Covid-19 global adalah AS$21 (RM87.60).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, rundingan dengan Covax mengenai proses perolehan vaksin kini di peringkat terakhir.

“Kita harap dapat tandatangani Covax dalam waktu terdekat. Cuma ingin dijelaskan Covax hanya sebahagian daripada keperluan kita dalam mendapatkan vaksin Covid-19.

“Sebahagian besar daripada perolehan ini akan dicapai menerusi rundingan dua hala dengan negara berkaitan,” katanya pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, semalam.

Khairy berkata, perbincangan yang turut membabitkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Kewangan (MOF) dan Jabatan Peguam Negara itu sedang meneliti beberapa klausa perjanjian dalam Covax. – Harian Metro

ZAMBERI SEKAWI
ZAMBERI SEKAWI

 

Spread the news