Lakukan yang perlu perbetul hak Sabah, Sarawak 0 6024

KUCHING: Kerajaan persekutuan diharap akan melakukan sesuatu yang perlu untuk memastikan hak-hak Sabah dan Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang telah terhakis selama 55 tahun dibetulkan sewajarnya.

Perkara itu ditegaskan Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah ketika mengulas jaminan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mengembalikan status ‘rakan sekutu’ kepada Sabah dan Sarawak ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka, Kota Kinabalu malam kelmarin (Ahad).

“Pengisytiharan Tun Dr Mahathir untuk mengembalikan status ‘rakan sekutu’ kepada Sabah dan Sarawak adalah perkhabaran yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat kedua-dua negeri ini.

“Menerusi pengisytiharan jaminan ini, status ‘rakan sekutu’ pembentukan Malaysia bersama Semenanjung Malaysia dan Sabah, diharap Putrajaya akan membuat perancangan yang perlu untuk mengembalikan hak-hak kedua-dua negeri ini yang sudah terhakis selama 55 tahun,” ujarnya.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan berkata pengisytiharan Dr Mahathir itu sudah tentu akan mengukuhkan lagi rasa memiliki Malaysia oleh semua rakyat Sarawak dan Sabah.

Sementara itu, Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Michael Tiang mempersoalkan jaminan Dr Mahathir itu.

“Walaupun Dr Mahathir memberi jaminan mengenai kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi sama rata di Malaysia dipuji, kenapa kerajaan persekutuan masih perlu memerlukan masa untuk mengkaji MA63 sebelum memulihkan kedudukan kedua-dua Borneo dalam Malaysia?

“Bukankah dengan jelas dinyatakan dalam MA63, Malaysia dibentuk oleh tiga rakan pengasas, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak?

“Malah perkara ini dengan jelas dinyatakan dalam Pemasyhuran Malaysia. Itu adalah kedudukan asal dipersetujui oleh pihak-pihak yang menandatangani MA63,” katanya.

Tiang menambah, MA63 telah dipinda di Parlimen pada 1976 tanpa mendapat persetujuan daripada Sabah dan Sarawak.

“Apabila saya mengatakan ‘persetujuan’ bermakna Dewan Undangan Negeri (DUN)mesti meluluskan undang-undang untuk memberi persetujuan yang ada kesan.

“Ia sama seperti DUN Selangor memberi persetujuan kepada kerajaan persekutuanuntuk menjadikan Kuala Lumpur wilayah persekutuan pada 1973 serta DUN Sabah mempersetujui Labuan sebagai wilayah persekutuan pada 1984,” katanya.

Justeru, Tiang menggesa kerajaan persekutuan tidak mengheret perkara itu lebih jauh dan lama tetapi dengan segera memperkenalkan usul meminda Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan pada persidangan Parlimen akan datang.

Kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia sebagai ‘rakan sekutu’ katanya, adalah seperti suatu yang telah terukir pada batu, tidak boleh diragui serta dipersoalkan.

Beliau menambah, penubuhan jawatankuasa kabinet seperti dicadangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) juga seharusnya mengambil langkah meminta atau memansuhkan mana-manaundang-undang yang menghakis kedudukan istimewa Sabah dan Sarawak dalam Malaysia, antaranya Akta Laut Wilayah 2012 dan Akta Pembangunan Petroleum 1974.

Difahamkan jawatankuasa ini juga digesamengkaji silibus subjek Sejarah di sekolah-sekolah kebangsaan negara yangmengajar banyak maklumat tidak betul mengenai pembentukan Malaysia.-Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

COVID-19 tidak halang Sarawak adakan PRN 0 5596

COVID-19 tidak halang Sarawak adakan PRN

SIBU: Pandemik COVID-19 tidak akan menghalang Sarawak daripada mengadakan Pilihan Raya Negeri ke-12 mengikut undang-undang, kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri James Masing hari ini.

Ketika ditanya mengenai kebimbangan dalam kalangan rakyat bahawa negeri ini akan menerima nasib yang sama seperti Sabah yang menyaksikan peningkatan kes COVID-19 selepas mengadakan pilihan raya negeri pada 26 September lalu, beliau berkata pilihan raya itu masih boleh diadakan dengan syarat prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi dengan ketat.

“COVID-19 adalah satu faktor tetapi ada negara yang mengadakan pilihan raya pada tempoh pandemik ini. Antaranya Singapura, Korea Selatan dan baru-baru ini, New Zealand.

“Mereka mengadakan pilihan raya tanpa masalah dengan syarat SOP dipatuhi dengan ketat,” katanya.

Masing yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan upacara pecah tanah untuk Pakej A: Pembinaan dan Penyiapan Cadangan Jalan Sungai Bidut/Kampung Sebedil/Kampung Bungan Kecil di Bawang Assan hari ini.

“Kita tiada pilihan, jika kita tidak buat sekarang, selepas lima tahun (tempoh tamat) secara automatik Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibubarkan,” katanya dan menambah beliau tidak tahu apa-apa peruntukan yang membolehkan sesuatu pilihan raya ditangguhkan.

Beliau mengulangi bahawa sekiranya pilihan raya tidak diadakan, pada Jun tahun hadapan DUN akan dibubarkan dan Sarawak tidak akan mempunyai kerajaan.

“Keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri untuk memberi laluan kepada pilihan raya terletak kepada ketua menteri,” tambahnya.

Mengenai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang akan bertanding di Bawang Assan pada pilihan raya negeri nanti, Masing berkata ia bergantung kepada calon yang ditentukan oleh Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan disokong Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi GPS.

Masing berkata siapa pun calon, pengundi harus memberi sokongan penuh terhadap perubahan yang akan dilakukan di kawasan itu selepas mereka dipinggirkan begitu lama dari segi pembangunan infrastruktur.

Untuk GPS, kerusi Bawang Assan secara tradisionalnya diperuntukkan kepada SUPP dan penyandangnya kini adalah Presiden Parti Sarawak Bersatu, Datuk Seri Wong Soon Koh yang dilaporkan akan mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya negeri akan datang.

Wong yang memenangi kerusi itu apabila bertanding buat pertama kali sebagai calon SUPP pada pilihan raya negeri 1996, tidak pernah kalah dan menang sekali lagi pada 2016 walaupun beliau meninggalkan SUPP kerana masalah dalaman dan membentuk Parti Rakyat Bersatu (UPP), sebuah parti mesra Barisan Nasional.

Sementara itu, mengenai projek jalan raya 21.7 kilometer (km) bernilai lebih RM104.5 juta, Masing berkata apabila siap pada November tahun hadapan, ia akan menghubungkan Kampung Tutus, Kampung Sebedil dan Kampung Bungan Kecil ke bandar Sibu.

Beliau berkata Pakej B projek itu akan membabitkan pembinaan jalan raya sepanjang 16 km dengan kos RM200 juta menghubungkan kawasan berkenaan dengan Jambatan Igan sejauh 1.38 km yang sedang dibina di Igan, Mukah bernilai RM285 juta. – BERNAMA – Berita Harian

Spread the news

Beri peluang PM selesai krisis pandemik 0 5558

Beri peluang PM selesai krisis pandemik

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu diberi masa untuk menyelesaikan krisis pandemik COVID-19 yang ketika ini melanda negara.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata selain krisis pandemik, negara ketika ini turut diuji dengan isu ekonomi, sekali gus menuntut semua pihak mengenepikan masalah kecil dan kembali kepada penyatuan serta perpaduan, selain muafakat dan kerjasama.

“Tak payahlah kita fikir pengganti buat masa ini…kita muafakat, bantu kerajaan. Bila COVID-19 reda, segera bubar Parlimen dan serah (mandat) pada rakyat.

“USA (Amerika Syarikat) lagi banyak kes COVID-19 dan mereka pun ada pilihan raya. Beri peluang PM (Perdana Menteri) selamatkan negara dan nyawa rakyat dulu. Saya percaya PM serah pada rakyat,” katanya melalui Twitter, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas laporan sebuah portal mengenai kenyataan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon yang layak untuk menggantikan Muhyiddin.

Menerusi satu lagi ciapan, Annuar menegur kenyataan dibuat Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad, yang menuduh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, menentang semangat setiakawan.

“Adalah baik sekiranya kita semua mengurangkan selar-menyelar secara terbuka kerana ia tak banyak membantu. Mari kita harmonikan situasi dan pandang ke hadapan. Sesiapa yang lebih ramai kawan akan menang ke atas mereka yang mencipta permusuhan,” katanya.

Sementara itu, ketika ditemui selepas program Operasi Sanitasi Awam, di Presint 4, di sini, hari ini, Annuar mengulangi kenyataan sama dengan menuntut semua pihak mengutamakan kerjasama dan penyatuan..

“Kepada parti politik termasuk parti saya sendiri dan kawan-kawan serta saya sendiri, saya fikir kita kena utamakan kerjasama dan penyatuan.

“Kalau kita dah stabil (krisis COVID-19) seperti itu dan kalau nampak keadaan (politik) masih tidak stabil kerana masing-masing pihak ada majoriti tipis, kita adakah pilihan raya umum.

“Kita bincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mungkin adakan pilihan raya secara maya. Apabila berlaku ketidakstabilan akan ada pihak merasakan mereka boleh menjadi perdana menteri,” katanya. – Berita Harian

Spread the news