Laporan: Polis masih kira wang tunai selepas 5 jam 0 5520

Pihak polis masih belum selesai mengira wang yang dirampas daripada tiga unit kediaman yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pavilion Residences, Jumaat lalu.

Pihak berkuasa itu mula mengira wang berkenaan yang disimpan dalam 72 beg bermula sekitar jam 10 pagi tadi dan masih membuat pengiraan sehingga jam 3.30 petang, lapor Harian Metro.

Berdasarkan laporan tersebut, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Amanh, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengesahkan perkara berkenaan namun enggan mengulas lanjut.

Laporan itu menyebut pengiraan dilakukan di Menara 238, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur.

“Difahamkan, buat masa ini sebahagian wang terbabit sudah selesai dikira, namun belum sampai 10 beg daripada keseluruhan 72 beg.

“Proses itu dilaporkan mengambil masa yang panjang disebabkan jumlah wang terlalu banyak termasuklah jumlah pelbagai mata wang asing.

“Selain itu, pihak JSJK juga perlu merekodkan setiap nombor siri setiap mata wang berkenaan untuk dijadikan bukti dalam proses siasatan susulan,” jelas laporan berkenaan.

Menurut laporan itu, wang yang sudah dikira akan dibawa ke Bukit Aman, sebelum diserahkan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk proses pengiraan semula

Jumaat lalu, polis menyerbut tiga unit kondominium yang mempunyai kaitan dengan bekas perdana menteri sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap 1MDB.

Polis merampas 72 beg berisi wang tunai dan barangan kemas bersama 284 kotak mengandungi beg tangan berjenama mewah. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15423

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8421

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news