Lebih 90,000 dibantu dapat pekerjaan 0 5177

Lebih 90,000 dibantu dapat pekerjaan

KUALA LUMPUR: Seramai 95,161 individu di seluruh negara dibantu mendapat pekerjaan, sejak kerajaan melaksanakan Portal Perkhidmatan Pekerjaan Nasional (MyFutureJobs).

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim, berkata seramai 44,940 daripada jumlah itu adalah golongan belia berusia antara 20 hingga 29 tahun yang sebahagian besarnya dalam kalangan graduan.

Selain itu, katanya, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sudah melaksanakan program Karnival PenjanaKerjaya, bagi memudahkan graduan dan pencari kerja.

“Sebanyak 229 program karnival pekerjaan dilaksanakan membabitkan penyertaan 541 majikan dan berjaya menempatkan 4,060 graduan dan pencari kerja lain, sehingga 30 Oktober lalu.

“Sesi libat urus bersama industri bagi membincangkan isu juga dianjurkan, sekali gus mengambil langkah untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing,” katanya ketika sesi soalan lisan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH-Pandan) yang mahu kerajaan menyatakan langkah dan tindakan menangani masalah kekurangan peluang pekerjaan bagi graduan dan pekerja diberhentikan kerja. – Berita Harian

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13007

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12481

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news