Lelaki dari Kuching, korban terbaharu rabies di Sarawak 0 7382

Auto Draft

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 42 tahun dari Kuching, meninggal dunia, 20 Oktober lalu, akibat dijangkiti virus rabies.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata individu itu meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 6.53 pagi hari berkenaan dan disahkan dijangkiti virus rabies melalui ujian makmal dijalankan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) pada tarikh sama.

Katanya, individu itu dimasukkan ke HUS pada 15 Oktober lalu selepas mengalami lemah anggota badan dan tidak mampu berjalan, selain kesukaran tidur akibat halusinasi, hilang selera makan serta sukar minum.

“Siasatan mendapati tiada sebarang sejarah gigitan anjing atau haiwan lain berlaku dalam kes ini. Beliau ada memelihara tujuh kucing dengan lima daripadanya mendapat suntikan vaksin anti-rabies daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), sehari selepas mengalami gejala.

“Kesemua kucing ini sihat dan tiada perubahan tingkah laku. Keluarga kes memaklumkan tiada haiwan didapati sakit atau mati dalam tempoh enam bulan di kawasan lokaliti rumah kes,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, kes terbaharu itu menjadikan jumlah kes penyakit itu yang menjangkiti manusia di Sarawak meningkat kepada lima pada tahun ini dan kes ke-27 sejak wabak rabies diisytiharkan di Sarawak pada 31 Julai 2017.

Beliau berkata, walaupun kes terbabit tidak dapat dikaitkan sejarah gigitan anjing atau haiwan, secara umumnya diketahui jangkitan rabies disebabkan gigitan haiwan dijangkiti virus rabies.

“Sarawak masih belum bebas rabies. Pastikan haiwan peliharaan mendapat suntikan vaksin anti-rabies,” katanya.

“Orang awam dinasihati, segera mendapatkan rawatan di klinik kesihatan atau hospital berhampiran jika digigit haiwan liar mahupun haiwan peliharaan, selepas mencuci bahagian tubuh digigit dengan menggunakan air mengalir dan sabun selama sekurang-kurangnya 15 minit bagi menghilangkan kesan air liur,” katanya. – BERNAMA – Berita Harian

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13013

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news