Lelaki dibelasah orang awam kerana didakwa cabul pelajar perempuan di Bandar Baru Samariang 0 5917

KUCHING: Seorang lelaki ditangkap selepas didakwa mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di hadapan sebuah sekolah di Bandar Baru Samariang di sini petang kelmarin.

Difahamkan, perbuatan terkutuk lelaki berusia 34 tahun itu disedari beberapa lelaki dewasa yang kemudian menegur suspek.

Suspek kemudian dikatakan melarikan diri dan terus diburu sebelum berjaya ditangkap berdekatan sebuah stesen minyakdi Jalan Sultan Tengah sekitar jam 5 petang.

Suspek semasa ditahan oleh orang awam bagaimanapun menafikan perkara tersebut. Malah, dia dikatakan turut bertindak agresif menyebabkan dia dibelasah,” kata sumber.

Suspek yang mengalami kecederaan kemudian diserahkan kepada anggota dari Unit Kereta Peronda Polis (MPV) untuk tindakan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Superintenden Abang Junaidi Abang Anuar yang mengesahkan perkara tersebut memberitahu, laporan polis berhubung kes cabul tersebut telah dibuat oleh bapa mangsa sekitar tengah hari semalam di Balai Polis Gita.

“Suspek telah ditangkap oleh orang awam dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakanlanjut.

“Laporan polis berhubung kejadian juga telah dibuat oleh bapa mangsa dan kes disiasat sebagai kes cabul,” katanya ketikadihubungi di sini semalam.

Suspek yang berasal dari Kampung Sungai Lumut telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan sebelum ditahan reman untuk membantu siasatan polis. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15432

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8424

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news