Food, KMS TV
Nasi lemak kukus
Previous ArticleShell Malaysia pindah pusat operasi serantau ke Miri
MUAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Muar hari ini melupuskan produk makanan bernilai RM1,217.70 yang menggunakan logo halal tidak sah.
Ketua Cawangan KPDNHEP Muar, Rizq Fazliana Abd Hamid, berkata semua barang yang dilupuskan itu hasil rampasan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 berhubung perakuan dan penandaan halal.
“Sejak Januari lalu hingga kini, KPDNHEP Muar menghasilkan empat kes berhubung perakuan dan penandaan halal dengan nilai rampasan RM 1,217.70.
“Sebanyak tiga kes dikenakan tindakan kompaun berjumlah RM 21,000, manakala satu kes masih dalam siasatan,” katanya pada sidang media di sini.
Katanya, tindakan tegas termasuk denda akan diambil terhadap pengeluar atau peniaga yang gagal mematuhi Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.
“Bagi individu, mereka boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya. Bagi kesalahan kedua atau berikutnya, denda tidak lebih RM250,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.
“Bagi syarikat pula, boleh didenda sehingga RM200,000, manakala bagi kesalahan kedua atau berikutnya, boleh didenda tidak melebihi RM500,000,” katanya.
Beliau memberi memberi amaran keras kepada pihak pengeluar dan peniaga untuk tidak menggunakan logo halal sewenang-wenangnya dan mengelirukan masyarakat.
“Pengguna pula dinasihatkan supaya berhati-hati ketika membeli produk yang mempunyai logo halal,” katanya.- Berita Harian