Negeri-negeri lain amat menarik bagi saya, tetapi Sabah dan Sarawak terlalu istimewa buat saya 0 5740

Baru-baru ini saya telah dimaklumkan ada satu laman sosial Facebook telah menjemput saya untuk menjadi presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang pertama ke Sabah menyaksikan perlawanan Piala FA. Saya amat menghargai jemputan tersebut, namun bagaimanapun saya tidak dapat untuk pergi ke Sabah bagi menyaksikan perlawanan tersebut kerana saya perlu memberi ucapan dalam majlis bersama Belia Johor pada hari Sabtu ini.

Tetapi semasa saya baru dilantik sebagai Presiden FAM, mesyuarat EXCO pertama FAM telah diadakan di Sabah dan pada masa itu saya berkesempatan mengadakan lawatan di sana. Saya amat menghargai dan benar-benar terharu dengan layanan yang diberikan sewaktu berada di Sabah ketika itu.

Saya merasakan terdapat sesuatu berkaitan Sabah dan Sarawak yang begitu istimewa dengan saya. Saya diberi layanan yang amat baik, rasa amat dihargai, negeri yang menarik dan rakyat yang sangat baik serta sangat dekat di hati saya. Orang-orang di Sabah dan Sarawak amat berbeza dengan mereka yang di Semenanjung. Bukanlah saya mengatakan orang di Semenanjung tidak baik, tetapi ianya satu perkara yang berbeza.

Setiap negeri ada keistimewaan tersendiri kepada saya. Sebagai contoh, ramai yang  rapat dengan saya di Semenanjung adalah mereka yang dari negeri Selangor. Kenapa? Kerana saya membesar di Seksyen 9, Shah Alam dan sepupu saya juga adalah dari sana. Tambahan pula, saya mempunyai ramai rakan dari Selangor. Kelantan juga merupakan tempat yang amat istimewa kerana di situ tempatnya saya melakukan terjunan payung terjun untuk kursus Airborne. Sewaktu di Kelantan, orang-orang di sana benar-benar melayani saya dan menganggap saya sebahagian daripada mereka. Manakala di Perak, saya membesar di Ipoh dan Kuala Kangsar kerana Bonda saya berasal dari sana. Oleh itu, hanya segelintir sahaja orang Perak yang kepalanya tidak betul dan menimbulkan masalah iaitu mereka yang mendakwa diri mereka kononnya ‘Hooligan’ (samseng bola sepak) sedangkan kebanyakan orang Perak yang lain sebenarnya merupakan orang yang sangat-sangat baik.

Melaka juga tidak terkecuali, ia tempat yang istimewa di mana saya melakukan latihan payung terjun disana dan orang-orang di Melaka melayani saya dengan sangat baik. Itu antara pengalaman saya. Negeri lain seperti Pahang juga merupakan tempat yang menarik kerana saya juga telah beberapa kali ke sana untuk bermain polo bersama Ayahanda dan bapa saudara saya. Saya juga amat rapat dengan bapa saudara saya. Di Pahang juga saya bersama pasukan polo saya menjadi pasukan pertama yang menjadi juara di bumi Pahang. Saudara mara saya juga dari sana dan sewaktu saya masih kecil saya sering ke kediaman bapa saudara saya, Pemangku Raja Pahang. Saya juga amat rapat dengan Tengku Muda Pahang. Oleh itu, setiap negeri mempunyai sesuatu yang istimewa buat saya.

Walaubagaimanapun, terdapat sesuatu yang berbeza tentang Sabah and Sarawak yang tidak pernah saya rasai sebelum ini. Saya pernah ke Sarawak untuk menyaksikan satu perlawanan dan terdapat lebih 32,000 orang di situ yang bersorak dan mengucapkan selamat datang kepada saya. Itu satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan dan amat-amat saya hargai dan akan sentiasa tersemat di hati saya bagaimana sambutan mereka terhadap saya.

Jika bola sepak boleh menjadi lebih bertamadun dan lebih bersatu serta tiada keganasan dan kebencian, negara ini mempunyai potensi untuk melakukan keajaiban dalam bola sepak. Jika pesaing boleh bersaing dengan baik di dalam padang dan apabila di luar padang boleh sama-sama berbincang bagaimana untuk membantu meningkatkan sukan ini, pasti ada sesuatu yang menarik akan berlaku. Itu adalah yang berlaku di Itali, Sepanyol, Portugal dan England di mana kebanyakan pemilik kelab dan pengurusan adalah rakan. Mereka bersaing di padang tetapi di luar padang mereka memberi idea antara satu sama lain tentang bagaimana untuk berkembang. Dan itulah sebabnya mengapa bola sepak dipanggil permainan yang indah.

Oleh itu, saya sangat menggesa dan saya benar-benar berharap agar kita dapat menghentikan kebencian. Hentikan keganasan dan hanya fokus pada permainan yang sihat ini dan menghayatinya. Kerana itu adalah sesuatu yang dapat kita saling berkongsi dengan menjadikannya menarik di negara ini. Jadi, ini adalah apa yang ingin saya katakan, saya sekali lagi memohon maaf kerana saya tidak dapat datang ke Sabah kali ini tetapi pada masa akan datang, saya pasti akan ke sana dan menonton bola sepak di sana. Ia akan menjadi satu penghormatan buat saya.

Dipetik dari laman facebook Johor Southern Tigers

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15431

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8423

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news