Pogba hero United tewaskan Young Boys 3-0 0 5885

BERN, Switzerland: Paul Pogba menghasilkan gol pembukaan yang menarik bagi membantu Manchester United bangkit daripada pemulaan musim yang sukar dengan menewaskan Young Boys 3-0, dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara, pagi tadi.

Pemain tengah itu berjaya memecahkan kebuntuan dengan menjaringkan gol pertama pada minit ke-35 menerusi sepakan kaki kiri hasil pergelutan di dalam kotak penalti dan gol kedua menerusi sepakan penalti di penghujung babak pertama.

United melengkapkan kemenangan 3-0 melalui jaringan Anthony Martial, pada minit ke-66.

Bintang Perancis itu turut membantu Martial menjaringkan gol ketiga, ketika pengurus United, Jose Mourinho mempertikaikan tahap keselamatan pemainnya apabila turun beraksi di permukaan padang sintetik di Stade de Suisse.

“Saya boleh faham kenapa kami tidak boleh memulakan perlawanan ini dengan baik, kenapa kami mengambil masa 20 hingga 25 minit untuk bermain dalam keadaan terkawal.

“Mereka tahu betapa sukarnya untuk lawan bermain di padang ini, jadi mereka memaksa sedikit dan mereka memberikan kami masalah, tetapi gol pertama mengubah segala-galanya.

“Selepas itu, kami benar-benar bermain dengan baik dan betapa bagusnya untuk bermula dengan kemenangan,” kata Mourinho.

Mengenai pretasi Pogba, pengurus United berkenaan menambah: “Saya gembira kerana Pogba bermula daripada posisi selaku penjaring gol dan mampu menjadi nilai tambah kepada pasukan.”

Kemenangan itu menggambarkan krisis yang melanda United sejak tumbang 0-3 kepada Tottenham Hotspur pada akhir bulan lalu, kini sudah berakhir dan ini adalah kemenangan ketiga mereka berturut-turut dalam perlawanan di tempat lawan.

United bakal menghadapi tekanan lebih hebat dalam saingan Kumpulan H, apabila dijadual menentang Valencia di Old Trafford dan Juventus, selepas ini.

“Saya cukup gembira kerana persembahan mantap seluruh pasukan berbanding individu tertentu,” tambah Mourinho.

“Kami tahu kami perlu memenangi perlawanan ini, kami tahu ia perlawanan sangat penting untuk menghadapi tiga perlawanan seterusnya menentang Valencia dan Juventus,” – AFP

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ronaldo ledak gol ke-102 0 7768

Ronaldo ledak gol ke-102

LISBON: Cristiano Ronaldo semakin menghampiri rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman ketika juara Eropah, Portugal membelasah Andorra 7-0 dalam saingan persahabatan sebentar tadi.

Bintang Juventus itu masuk dari bangku simpanan untuk meledak jaringan ke-102 gol buat Portugal pada minit ke-85.

Bekas penyerang Iran, Ali Daei memegang rekod dengan 109 gol.

Portugal, yang meneruskan persiapan untuk mempertahankan Kejohanan Eropah tahun depan akan beraksi dalam Liga Negara-Negara berdepan Perancis awal pagi Ahad ini, mudah mengatasi Andorra. – Berita Harian

Spread the news

FAS mungkin tarik diri 0 5383

FAS mungkin tarik diri

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais menegaskan, pihaknya mungkin akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021.

Menurutnya, tindakan demikian terpaksa dilakukan sekiranya masalah kewangan dialami masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sedar pendekatan dilakukan bakal memberi tempias atau kesan terhadap pasukan yang beraksi dalam kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini.

“Mungkin kami akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021 sekiranya masalah kewangan yang dihadapi ketika ini masih gagal menemui jalan penyelesaian serta tiada pihak yang tampil untuk membantu.

“Memang tindakan berbuat demikian memberi tempias kepada pasukan yang berada di bawah naungan kita kelak,” jelas Datuk Posa kepada Suara Sarawak baru-baru ini.

Beliau menegaskan, tindakan menarik diri dilihat sebagai jalan terbaik untuk mengelak musibah tersebut terus berpanjangan.

Musim ini lima pasukan di bawah badan induk berkenaan bersaing dalam liga anjuran FAM iaitu Sarawak United FC (Liga Premier), Sarawak United II Liga M3), Sarawak United III (Piala Presiden), Sarawak United IV (Piala Belia) dan Sarawak United (Liga Futsal FAM).

Justeru jika keputusan menarik diri terpaksa dilakukan maka secara automatik kesemua lima pasukan ini tidak boleh beraksi dalam sebarang kejohanan anjuran FAM.

Dalam pada itu katanya, pihak pengurusan FAS merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Abdullah Saidol atas sokongan yang diberikan kepada badan induk (FAS) selama – Suara Sarawak

Spread the news