Polis buru pemilik akaun facebook samakan Nancy Shukri dengan pelacur 0 6121

KUCHING: Polis Sarawak hari ini telah membuka satu kertas siasatan susulan tindakan seorang individu memuat naik status yang menyamakan seorang memteri pusat dengan pelacur.

Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev Kumar memberitahu media, satu laporan telah diterima daripada seorang netizen pada jam 9.49 pagi tadi di Balai Polis Sentral di sini berhubung kes tersebut.

Laporan oleh netizen yang enggan dikenali itu antara lain memberitahu dia telah tersinggung apabila terbaca status akaun di atas nama Lie Willies yang memuat naik poster Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri dengan tulisan ‘Bumiputra akan mencuri kalau tidak dibantu kerajaan, secara rasmi dicalonkan Anugerah Kenyataan Terbodoh Menteri’.

Dalam akaun tersebut, Lie Willies turut memuat naik status: ” Dia ni kalau tak jadi menteri memang menjadi pelacur,” yang dimuat naik pada 17 Februari jam 12.21 tengah hari.

Dalam laporannya, individu terbabit mahu pemilik akaun ini dibawa ke muka pengadilan.

“Kita sedang menyiasat kes ini sebagai fitnah di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Multimedia dan Komunikasi 1998.

“Kita akan mengenal pasti pemilik akaun yang membuat kenyataan tersebut dan menahannya untuk siasatan,” kata Dev lagi.

Sejak tahun lalu, beberapa kes berkait kenyataan fitnah dalam facebook telah menyebabkan beberapa individu dicekup di negeri ini. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15432

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8424

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news