KUCHING: Proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Petra Jaya berlaku sedikit kekecohan, pagi ini.
Pengundian yang sepatutnya berlangsung pukul 9 pagi ini tidak dapat dilaksanakan seperti dalam jadual, ramai pengundi pulang tanpa mengundi.
Calon Ketua Cabang Petra Jaya, Iswardy Morni berkata, pihaknya mendapat maklumat bahawa tarikh pengundian di cabang ini ditukar di saat akhir kepada esok hari (11 November).
Bagaimanapun, beliau berkata, pengundian mesti dijalankan hari ini seperti dalam jadual.
“Kini, kita sedang menunggu lima tablet dari Cabang Kuching untuk melakukan pengundian e-voting,” katanya. – Utusan Borneo Online