Putrajaya tidak pernah berbincang hapus hak dan autonomi Sarawak – Anthony Loke 0 5911

KUCHING: Putrajaya tidak pernah berbincang untuk menghapuskan hak danautonomi Sarawak yang termaktub dalamPerjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Sebaliknya, beliau menegaskan bahawa kerajaan persekutuan Pakatan Harapan (PH) sentiasa berusaha memastikan segala hak dan autonomi Sarawak dikembalikan.

Justeru, katanya rakyat Sarawak tidak perlu bimbang kerana kerajaan persekutuan tidak akan merampas apa yang sepatutnya menjadi milik Sarawak, sebaliknya menghormatinya.

“Kami tidak pernah berbincang sekali punsama ada dalam kabinet bahkan dalam parlimen untuk merampas hak dan autonomi Sarawak.

“Sebaliknya kami mahu mengembalikan semuanya seperti apa yang sudah termaktub dalam MA63 termasuk dalam bidang imigresen, di mana saya sendiri walaupun sebagai menteri persekutuan, saya masih masuk ke Sarawak melalui imigresen tanpa pernah mempersoalkannya,” katanya.

Loke yang juga setiausaha organisasi kebangsaan DAP berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Biasa DAP Sarawak Ke-18 di sini, semalam yang turut dihadiri Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg baru-baru ini, yang mendakwa bahawa seorang timbalan menteri persekutuan telah menyuarakan kepadanya supaya memansuhkan kuasa imigresen Sarawak.

Abang Johari dilapor menyatakan bahawa beliau tidak akan tunduk dengan desakan timbalan menteri persekutuan tersebut, sebaliknya menegaskan bahawakepimpinan Kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus mempertahankan kuasa imigresen Sarawak seperti yang termaktub dalam MA63.

“Ini disuarakan seorang timbalan menteri daripada persekutuan ketika kunjungan hormat kepada saya baru-baru ini. Sebabnya kerana salah seorang pemimpin mereka kita tidak benarkan datang ke Sibu.

“Tetapi parti kita berpendapat bahawa hak ke atas bidang kuasa imigresen ini mesti kita pertahankan kerana kita tidak mahu golongan pelampau datang ke negeri ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Parti PesakaBumiputera Bersatu (PBB).

Justeru, Loke mendesak Abang Johari supaya mendedahkan nama timbalan menteri persekutuan yang disebutkannya itu kerana tindakannya yang tidak mendedahkan secara terus individu terbabit adalah tidak wajar dan tidak adil kepada pihak yang berkaitan.

Sementara itu, Chong yang juga pengerusi DAP Sarawak dan PH Sarawak berkata Abang Johari sepatutnya terbuka dan tidak membuat kenyataan umum secara separuh jalan, hanya untuk mewujudkan kecurigaan atau sindiran kepada seseorang.

“Niatnya mungkin untuk mengutuk saya kerana saya satu-satunya timbalan menteri persekutuan dari Sarawak,” katanya.

Bagaimanapun, Chong berkata sekiranya beliau yang dimaksudkan oleh Abang Johari, maka ia adalah tidak benar.

“Saya tidak tahu siapa yang dimaksudkannya (Abang Johari) tetapi yang pasti, saya tidak pernah berjumpa beliau selama dua bulan ini dan saya tidak pernah menyuarakan perkara seperti ini.

“Malah, saya percaya semua rakyat Sarawak sama ada dia menteri, timbalan menteri, ahli parlimen, ADUN bahkan rakyat biasa tidak akan memikirkan idea memansuhkan autonomi imigresen yang kita nikmati ini,” ujarnya. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13960

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13125

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news