Debak: Dengan kepesatan pembangunan dan transaksi atas talian pada masa kini, daerah Pusa telah menikmati keberadaan mesin ATM + CDM disekalikan dengan bank untuk memudahkan penduduk tempatan.
Debak, terletak di Bahagian Betong, 380km dari Bandaraya Kuching. Bandar kecil terdekat adalah Betong (40km) dan Saratok(25 km).
Namun demikian, segala kemudahan asas tampaknya sudah mula dipenuhi walaupun ada antaranya yang masih belum dapat memuaskan hari para manusia pecinta kesempurnaan (perfectionist).
Penulis merasakan keperluan mesin ATM adalah dalam kadar mendesak. Kebanyakkan penduduk adalah dari golongan petani dan yang bekerja sendiri. Perkhidmaran BSN melalui ejen adalah terhad untuk sesebuah transaksi. Keperluan segera pada waktu malam menjadi episod luka bilamana wang diperlukan. Sesetengah penduduk yang tidak celik IT pula masih belum menemui kemudahan Online Banking.
Apa yang mendukacitakan penulis ialah harga yang perlu dibayar bagi penduduk yang tidak mempunyai kenderaan sendiri. Terpaksa menggunakan khidmat “Uber Sapu” untuk ke Saratok atau Betong semata-mata untuk mengambil wang kiriman anak yang bekerja di luar Debak.
Adakalanya pemergian hanyalah sia-sia bilamana mesin ATM “Out of Service” tetapi harga bagi perkhidmatan “Uber Sapu” masih perlu dibayar.
Kita ambil contoh, Makcik Sidot (bukan nama sebenar) menambang (mencatar) ke Saratok dengan bayaran, dalam lingkungan RM20. Anak Makcik Sidot hanya kirimkan duit RM100.00. Sudahnya bilamana balik ke Debak, jumlah wang yang diperolehi adalah hanya RM 80.00 selepas membayar tambang.
Jadi, ini mungkin tidak dirasakan oleh yang berkenderaan tetapi dalam zaman segalanya mahal, untuk ke Saratok dan Betong semata-mata untuk “cucuk dinding”, sememangnya menjadi satu beban walaupun seseorang itu bergaji besar.
Lantas, ada pula yang ambil kesempatan. Bekerja di salah satu bandar ini, ada yang mengambil upah RM10 setiap kad untuk mengambil duit bagi pihak yang lain.
Justeru, alangkah moleknya andai penulisan ini sampai kepada bank berkaitan sepertimana Hong Leong, BSN, Agro Bank, Bank Rakyat ataupun MEPS sendiri untuk mengusahakan mesin ATM untuk kegunaan penduduk Debak. Letakkanlah berdekatan Balai Polis untuk keselamatan penduduk tempatan.
Lebih molek lagi kalau ada bank yang sudi membuka cawangan di Debak. Setidaknya tanpa cawangan pun, ada mesin ATM dan CDM sekali.
Debak memiliki sebuah sekolah menengah, hampir 20 sekolah rendah di sekitarnya, sebuah klinik kesihatan, JPN, kompleks Polis yang bakal siap, pejabat daerah kecil, mini pos, stesen Petron, hampir 60 pintu unit kedai dan akses dari Spaoh dan pesisir Saribas.
Semoga penulisan ini bermanfaat untuk seluruh penduduk Debak walaupun penulis sendiri menetap di Kuching. Adanya mesin ATM mampu merancakkan lagi pertumbuhan sosio-ekonomi dan kebajikan penduduk Debak.
Penulis percaya, masyarakat Melayu, Iban dan Cina di Debak sememangnya menantikan perkara ini tetapi masih belum menemui cara meluahkan atau menyampaikan keinginan ini.
Sila share untuk perhatian semua. Mana tahu dengan post ini, kita ada mesin ATM untuk mudahkan pengurusan kewangan kita.
Sumber: Chairulz Adzzha Adzzhira