Remaja cuba bunuh diri 0 5786

Remaja cuba bunuh diri

SIBU: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dipercayai cuba membunuh diri di pondok menara Taman Jubilee Bukit Aup di sini, pada Ahad.

Menurut kenyataan daripada Angkatan Pertahanan Awam Sibu pada Ahad, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan kes cubaan bunuh diri daripada pihak hospital Sibu pada jam 3.40 petang.

“Cubaan mangsa dengan menggantung diri dan terjun dari atas pondok menara di Bukit Aup tidak berjaya disebabkan tali jerutan terlepas,” jelasnya.

Kenyataan itu memberitahu, impak tindakan mangsa itu, dia mengalami kecederaan di bahagian leher dan pinggang.

Tambahnya lagi, mangsa telah diberi rawatan awal dan dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan susulan. – Suara Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12983

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12363

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news