KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, membenarkan Datin Seri Rosmah Mansor diberi ikat jamin RM2 juta dengan dua penjamin.
Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan tidak boleh mengganggu saksi dan perlu menyerahkan pasport.
Hakim Azura Alwi membenarkan wang jaminan dibayar secara berperingkat iaitu RM100,000 hari ni.
Baki wang jaminan perlu dijelaskan sebelum 11 Oktober ini. – Berita Harian Online