Bagi warga Kuching yang selalu makan luar pastinya amat mengenali Salleh Corner yang terletak di Perumahan Fasa 2, Petrajaya.
Apa yang menarik di Salleh Corner adalah menunya lain daripada yang lain, kerana pelbagai masakan yang disajikan menepati selera rakyat Malaysia.
Salleh’s Corner Cafe ini buka dari hari Isnin hingga Sabtu dari jam 5petang hingga 1pagi. Antara menu wajib yang mesti dicuba adalah Tomyam Kingprawn
Mengenai harga pula ianya amatlah berbaloi. Semangkuk Tomyam Kingprawn beharga RM30 (lebih kurang 7 ekor). Terdapat juga menu-menu sampingan seperti Seafood Monster, Butter Prwan, Sambal Petai Udang/Daging dan Ayam, Ikan Tilapia Masak Merah / Sweet&Sour, Nasi Ayam Penyet, Mee Kolok dan bermacam lagi. Dari segi rasa pula, ianya tidak pernah menghampakan dengan hidangan yang disajikan cukup sedap dan anda pasti berpuas hati.
Jika anda mahu datang ke sini dan mahu membuat tempahan Sila hubungi Encik Salleh ditalian 012-8078733 untuk membuat tempahan awal bagi mengelakkan tiada tempat duduk.