KOTA SAMARAHAN: Laluan Jalan Dato Mohd Musa bakal dibesarkan daripada dua lorong menjadi empat lorong.
Usaha pembesaran lalu lintas berkenaan adalah dari G3, depan bangunan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (Salcra) sehingga ke Batu 7, Kota Sentosa (Jalan Muara).
Pembesaran jalan raya berkenaan turut dihubungkan dengan Pan Borneo, dan semua usaha ini dilakukan demi mengatasi kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan.
Menteri Kerja Raya, Datoβ Sri Fadillah Yusof pada sidang media selepas meninjau Kampus Institut Kemajuan Desa (INFRA) Cawangan Sarawak berkata, kawasan Kota Sentosa juga dibina simpang bertingkat, memudahkan pergerakan pengguna.
Turut dirancang ialah pembinaan jejambat di bulatan Jalan Datuk Mohamad Musa dijangka bermula dalam masa terdekat ini.
Menurut beliau, inisiatif ini diharap memberi alternatif kepada penduduk Samarahan berdepan kesesakan lalu lintas yang tertumpu di jalan pesisir Expressway Samarahan-Kuching.
Mengulas perkembangan pembinaan Jambatan Batang Samarahan, Fadillah berkata ia dijangka siap hujung sepenuhnya Jun ini untuk memberi manfaat kepada masyarakat di kawasan ini. βSarawakvoice
Foto : Page Fadillah Yusof