Sarawak teliti bantuan untuk keluarga anggota bomba 0 7413

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang meneliti bentuk bantuan bersesuaian kepada keluarga anggota bomba, Allahyarham Yahya Ali, 24, yang terkorban ketika melaksanakan misi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja di bekas lombong di Puchong, Selangor malam tadi.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, beliau akan berbincang dengan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berhubung bantuan bakal disalurkan itu.

“Setakat ini, kita belum memutuskannya (bentuk bantuan) dan saya akan memaklumkan kepada Ketua Menteri sebelum mengumumkannya,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Konvensyen Pendidikan Awal Kanak-Kanak, di sini hari ini.

Yahya yang berasal dari Kampung Tian, Matu adalah anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang, maut bersama lima lagi rakan setugasnya dalam kejadian pada jam 9.15 malam tadi.

Jenazah Allahyarham akan diterbangkan dengan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Subang dijangka tiba di Lapangan Terbang Sibu pada jam 4 petang ini untuk dikebumikan di kampung halamannya.

Fatimah berkata, tragedi yang menimpa enam anggota bomba itu amat menyayat hati kerana mereka terkorban ketika melaksanakan tugas menyelamatkan orang lain.

Beliau berkata, pengorbanan anggota pasukan penyelamat itu terlalu besar dan mereka sewajarnya menerima penghargaan setimpal.

“Seluruh negara dikejutkan dengan tragedi yang mengorbankan begitu ramai anggota pasukan penyelamat dan ia sesuatu yang amat menyedihkan.

“Tambahan pula, salah seorang mangsa itu adalah ‘Anak Sarawak’, yang masih muda namun sanggup bertugas jauh dari keluarga demi tanggungjawab kepada negara,” katanya. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news