Sarawak Tubuh Pasukan Petugas Perundangan Untuk Teliti Haknya Termasuk Minyak Dan Gas 0 5581

KUCHING – Satu pasukan petugas perundangan Sarawak ditubuhkan untuk meneliti semua perkara berkaitan hak Sarawak dibawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) termasuk minyak dan gas.

Pasukan petugas yang ditubuhkan Persatuan Peguambela Sarawak (AAS) dijangka diwujudkan pada esok hari bagi membantu kerajaan negeri dalam perkara berkaitan.

Presiden AAS Ranbir Singh berkata, persatuan menubuhkan pasukan itu untuk membantu dengan apa jua cara yang mampu berhubung hak Sarawak dan MA63.

“Secara umumnya, Persatuan Peguambela Sarawak bersedia untuk membantu bagi melindungi semua hak negeri.

“Kita akan menanganinya dan berkomunikasi dengan Peguam Negeri Sarawak. Para peguam akan menjalankan tugas secara percuma demi memperjuangkan Sarawak,” tegasnya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan bersama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang dihadiri hampir 50 peguam dari seluruh negeri di pejabat ketua menteri di sini, hari ini.

Beliau berkata, jangka masa untuk menyelesaikan tugas bergantung kepada isu yang berbangkit dan akan menangani isu secara berperingkat.

Sementara itu Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali yang hadir sama berkata, pasukan itu akan membantu kerajaan negeri.

“Ketua Menteri juga sudah menyetujuinya dan kita akan bekerjasama. Mereka akan meneliti semua perkara berkaitan dengan MA63 dan hak-hak Sarawak,” katanya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15428

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8422

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news