Adakah anda masih lagi mencari tempat menjamu selera yang penuh dengan kelainan berbanding tempat lain? Jika masih lagi mencari penulis sarankan anda ke Satok Food Truck bersebelahan flyover Satok.
Disini anda pasti tertawan dengan suasananya. Untuk makluman anda Satok Food Truck telah diwujudkan oleh anak-anak muda yang bernaung dibawah Persatuan Foodtruck Sarawak bagi membantu anak-anak muda menambahkan lagi punca pendapatan.
Apa yang menarik disini perbagai Food Truck menjual perbagai menu makanan dan minuman yang pasti menawan hati anda bersama insan yang tersayang. – Kamek Miak Sarawak