Sembilan lelaki tempatan main judi berjaya dicekup di Kuching 0 773

Sembilan lelaki tempatan main judi berjaya dicekup di Kuching

KUCHING: Polis menahan sembilan lelaki tempatan dalam serbuan ke atas sebuah kasino mini di sebuah rumah di Taman Sik Juan Jalan Foochow, semalam.

Serbuan sekitar jam 5 petang itu dilakukan oleh pasukan dari Cawangan D7 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (JSJ IPK) Sarawak dan JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Denis Leong berkata kesemua suspek yang ditahan berusia lingkungan 17 hingga 28 tahun.

Menurutnya, siasatan mendapati rumah berkembar dua tingkat itu mempunyai satu bilik berasingan di ruang belakang yang dijadikan sebagai kasino mini. – Suara Sarawak

 

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 1329

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news

DUN Sarawak lulus RUU Perbekalan Tambahan 2020 0 1439

DUN Sarawak lulus RUU Perbekalan Tambahan 2020

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan 2020, selepas ia dibaca kali kedua oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, hari ini.

RUU Perbekalan Tambahan itu adalah bagi menampung perbelanjaan tambahan negeri berjumlah RM388.21 juta.

RUU itu disokong oleh Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. – Berita Harian

Spread the news
DON’T MISS OUT!
Subscribe To Newsletter
Be the first to get latest updates and exclusive content straight to your email inbox.
Stay Updated
Give it a try, you can unsubscribe anytime.
close-link